Anda di sini

Mayat lelaki ditemukan terapung di tepi Sungai Moyog 

Advertisement
 Mayat mangsa yang ditemukan dalan keadaan terapung di Sungai Moyong.
JUMPA: Mayat mangsa yang ditemukan dalan keadaan terapung di Sungai Moyong.

PENAMPANG: Dua pemancing terkejut sebaik menemukan mayat lelaki dalam keadaan terapung semasa memancing di tepi Sungai Moyog, berdekatan Kampung Tuavon, di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang sebelum mereka melaporkan kejadian kepada pihak polis.

“Hasil siasatan mendapati dua sekeluarga itu pada mulanya ingin memancing berhampiran jambatan gantung sebelum melihat objek terapung yang kelihatan seperti manusia.

“Kedua-dua individu terbabit kemudiannya menariknya ke tepi sungai dengan menggunakan tali pancing sebelum terkejut apabila mendapati benda yang hanyut berkenaan adalah mayat manusia dalam keadaan tertiarap,” katanya.

Haris berkata pemancing itu kemudiannya memanggil seorang lagi saudara mereka untuk membantu menghubungi polis untuk melaporkan penemuan berkenaan.

“Siasatan di lokasi mendapati mangsa adalah lelaki berpakaian baju-T lengan panjang dan berseluar hitam dan dianggarkan berumur 30-an.

“Setakat ini identiti mangsa belum dikenalpasti berikutan tiada sebarang dokumen ditemukan pada badan mangsa dan mayat berkenaan dipercayai mati lemas berdasarkan tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat terbabit,” katanya.

Tambahnya buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan masih diteruskan.

Beliau juga memohon agar mana-mana masyarakat yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke Balai Polis Penampang atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement