Anda di sini

Atletico mulai jarakkan kedudukan di singgahsana La Liga

Advertisement
 Pemain Sevilla Youssef En-Nesyri (kiri) bersaing dengan Saul  pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Atletico Madrid dan Sevilla di stadium Wanda Metropolitano, Madrid kelmarin. — Gambar  AFP
SENGIT: Pemain Sevilla Youssef En-Nesyri (kiri) bersaing dengan Saul pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Atletico Madrid dan Sevilla di stadium Wanda Metropolitano, Madrid kelmarin. — Gambar AFP

MADRID: Atletico Madrid menjarakkan kedudukan di tangga teratas La Liga Sepanyol dengan kelebihan empat mata pada Selasa selepas menewaskan Sevilla 2-0.

Gol dalam setiap babak oleh Angel Correa dan pemain gantian, Saul Niguez pada malam yang dingin berikutan dengan salji turun di ibu kota, membolehkan skuad kendalian Diego Simeone menjarakkan kedudukan mereka dengan kelab jiran, Real Madrid.

Perlawanan di Wanda Metropolitano adalah salah satu dari tiga perlawanan tertangguh yang Atletico miliki berbanding Real Madrid dan Barcelona, yang ketinggalan tiga lagi mata di tangga ketiga liga.

Perlawanan di tempat sendiri menentang Athletic Bilbao pada hujung minggu lepas terpaksa ditangguhkan selepas Madrid mengalami turunan salji terburuk dalam separuh abad.

“Saya berasa sangat gembira untuk membantu pasukan dengan gol saya... usaha kami berhasil,” kata Saul selepas kemenangan itu.

Kekalahan menyebabkan Sevilla kekal di tangga keenam dengan 30 mata, berkongsi tangga kelima dengan Real Sociedad.

Real pastinya mempunyai tugas yang sukar untuk mempertahankan kejuaraan liga mereka jika melihat aksi memberangsangkan Atletico.

Kieran Tripper kembali ke skuad Atletico selepas badan induk bola sepak dunia (FIFA), menggantung beliau selama 10 minggu kerana melanggar peraturan pertaruhan.

Dan pemain berusia 30 tahun itu meraikan kepulangannya dengan membantu Correa membuka jaringan pada minit ke-17.

Trippier hampir mengumpan satu lagi gol lapan minit kemudian apabila melakukan lorongan cantik kepada Luis Suarez tetapi penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou beraksi tangkas menghadang bola.

Sevilla cuba meningkatkan asakan tetapi gagal menyempurnakan beberapa peluang yang ada dan kegagalan itu dihukum oleh Atletico 14 minit sebelum tamat permainan dengan Saul menjaringkan gol pertama beliau musim ini.

Penyerang itu melakukan penyudah tenang selepas menerima umpanan Marco Llorento untuk memastikan kemenangan liga yang kelima berturut-turut Atletico sejak tewas kepada Real bulan lepas.

Pada perlawanan lain, Granada mengekalkan impian memburu kelayakan ke kejohanan Eropah msuim lepas apabila menewaskan Osasuna 2-0. — AFP

Advertisement