Anda di sini

20 keluarga di Paitan dipindahkan ke PPS akibat banjir

Advertisement
 Kelihatan rumah penduduk ditenggelamai air.
BANJIR: Kelihatan rumah penduduk ditenggelamai air.

BELURAN: Seramai 65 orang dari 20 keluarga di Kampung Binsulung dan Kampung Kubambangan di Paitan, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda, berkata sebanyak 13 keluarga di Kampung Binsulung telah dilanda banjir.

"Seramai 45 orang dari 13 keluarga ini dipindahkan ke PPS di Dewan Kampung Binsulung, Sugut," katanya.

Dalam itu, beliau berkata 20 orang lagi dari 7 keluarga di Kampung Kubambangan juga telah  dipindahkan ke PPS ke Dewan Kubambangan, Paitan ekoran rumah mereka dinaiki air.

 Beginilah keadaan banjir di kawasan Paitan.
TENGGELAM: Beginilah keadaan banjir di kawasan Paitan.

Kasim menasihati masyarakat setempat yang tinggal di kawasan dilanda banjir agar sentiasa berwaspada dan bersiap sedia atas sebarang kemungkinan.

Beliau berkata penduduk perlu sentiasa berwaspada dan langkah  berhati-hati sekiranya air naik ke kawasan rumah mereka.

  • oleh
  • Advertisement