Anda di sini

Lil J ajak peminat berfikir positif menerusi single ‘Tahun Baru’

Advertisement
__alt__

PENYANYI rap muda serta penulis lirik berbakat besar dari Kuala Lumpur, Rvijay Raj atau Lil J, muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Tahun Baru’ yang ditulis dan digubah oleh Lil J sendiri, dengan rakan komposer, Denzsyl, manakala adunan dan mastering dilakukan oleh Mingaling.

Penyanyi rap yang bakatnya dicungkil menerusi program pencarian bakat rap baharu serantau Asia Tenggara, 16 Baris, berkata, lagu Tahun Baru mempunyai mesej positif bagi mereka yang mengharungi kepayahan pada tahun 2020.

“Idea lagu ini datang ketika ramai daripada kita yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, saya nak semua bangkit dan terus melangkah ke depan,” katanya.

Sebagai artis yang masih baharu, bukan mudah bagi beliau untuk menyenangkan semua pihak.

“Tak semua yang kita hasilkan boleh diterima oleh pendengar, namun saya percaya jika kita jujur, mempunyai niat yang baik, perlahan-lahan ruang itu akan dibuka dengan sendirinya,” ulasnya.

Lagu ‘Tahun Baru’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video muzik lagu ‘Tahun Baru’ juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

Advertisement