Anda di sini

20 terkorban bumbung krematorium di India runtuh: Polis

Advertisement
 Petugas Pasukan Bantuan Bencana Alam Antarabangsa (NDRF) melakukan kerja mencari dan meyelamat mangsa  runtuhan bumbung di sebuah krematorium di Ghaziabad kelmarin. — Gambar AFP
MISI MENYELAMAT: Petugas Pasukan Bantuan Bencana Alam Antarabangsa (NDRF) melakukan kerja mencari dan meyelamat mangsa runtuhan bumbung di sebuah krematorium di Ghaziabad kelmarin. — Gambar AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 20 orang telah terkorban di utara India kelmarin selepas satu bahagian bumbung runtuh di sebuah krematorium ketika hujan lebat, menurut pihak polis.

Pekerja penyelamat telah mencari selama berjam-jam di bawah timbunan bagi mangsa yang masih hidup selepas runtuhan, yang berlaku di bandar Ghaziabad di luar bandar New Delhi.

Media tempatan melaporkan bahawa 38 orang telah diselamatkan, sementara sekurang-kurangnya 15 orang tercedera serta dibawa ke hospital, menurut kepada Press Trust of India.

“Kami mempunyai satu pengesahan bagi 20 mayat setakat ini namun jumlah tersebut mungkin akan bertambah,” pegawai polis tempatan Mahipal Singh memberitahu AFP, sambil menambah bahawa pembakaran mayat adalah untuk seorang warga emas yang bukannya seorang mangsa COVID-19.

“Mereka telah berlindung di bawah bangunan yang baharu dibina... Bangunan itu mungkin tidak mampu menampung hujan dan telah runtuh, menyebabkan mereka ini terbunuh.”

Perdana Menteri Narendra Modi pada lewat kelmarin menyatakan dalam ciapan beliau ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Keruntuhan bangunan adalah sering berlaku di India. Banyak firma yang menggunakan bahan murah dan merasuah pihak berkuasa untuk mengelak peraturan, sementara keselamatan di tapak pembinaan adalah tidak ketat. — AFP

Advertisement