Anda di sini

Mayat lelaki tanpa pengenalan ditemui terapung dekat Pulau Rusukan Kecil

Advertisement
 Mayat ditemui tanpa identiti.
TERAPUNG: Mayat ditemui tanpa identiti.

LABUAN: Polis Labuan menemui mayat dipercayai seorang lelaki dalam keadaan terapung pada jarak kurang sebatu dari Pulau Rusukan Kecil kira-kira dua batu nautika dari Jeti Labuan pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah WP Labuan DSP Mohd Ibrahim Ghani berkata penemuan itu adalah hasil maklumat dari orang awam pada jam 10.34 pagi lalu pihaknya bergegas ke lokasi bersama Polis Marin Labuan.

IBRAHIM
IBRAHIM

“Ketika ditemui, keadaan mayat lengkap berpakaian dan berbaju jaket biru muda bertulis HENGYI,” katanya.

Ibrahim menjelaskan, pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal, juga didapati tiada sebarang pengenalan diri ditemukan. 

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang aduan berkaitan kehilangan mana-mana orang namun meminta orang ramai menghubungi Balai Polis Labuan sekiranya ada maklumat tentang kehilangan ahli keluarga.

  • oleh
  • Advertisement