Anda di sini

AS melepasi 20 juta kes COVID-19

Advertisement
 Gambar fail 24 Disember lepas menunjukkan pekerja menguruskan mayat mangsa COVID-19 di rumah mayat sebuah hospital di Baltimore, Maryland. Amerika Syarikat telah merekodkan lebih 20 juta kes COVID-19, kata Johns Hopkins University dalam catatan hariannya kelmarin. — Gambar AFP
KES MELONJAK: Gambar fail 24 Disember lepas menunjukkan pekerja menguruskan mayat mangsa COVID-19 di rumah mayat sebuah hospital di Baltimore, Maryland. Amerika Syarikat telah merekodkan lebih 20 juta kes COVID-19, kata Johns Hopkins University dalam catatan hariannya kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah merekodkan lebih 20 juta kes COVID-19, menurut Johns Hopkins University kelmarin dalam catatan hariannya, ketika Tahun Baharu membawa satu lagi petanda suram yang melapisi usaha negara itu untuk mengekang virus tersebut.

AS setakat ini mendaftar-kan 20,007,149 kes dan 346,408 kematian akibat pandemik, menurut universiti yang berpusat di Baltimore, menjadikannya sebuah negara yang setakat ini mempunyai angka rasmi paling tinggi bagi kes dan angka kematian yang tertinggi.

Pada Rabu sahaja, lebih 3,900 orang meninggal dunia akibat COVID-19 di AS, satu rekod harian baharu, dan pakar mempercayai keadaan yang lebih buruk akan muncul ketika pekerja penjagaan kesihatan berdepan dengan penambahan kes dan kematian selepas perhimpunan ketika cuti.

Lebih 125,000 orang se-karang berada di hospital akibat COVID-19 – satu lagi rekod, menurut Covid Tracking Project.

AS telah memulakan kempen pemvaksinan beramai-ramai dan hampir 2.8 juta orang sudah menerima suntikan pertama mereka, satu jumlah yang jauh di belakang 20 juta inokulasi yang dijanjikan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump pada hujung tahun.

Lebih 12 juta dos sudah diagihkan di seluruh negara, menurut Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit, namun usaha untuk memberikan vaksin kepada kakitangan kesihatan dan golongan yang terancam telah terjejas akibat masalah logistik serta keadaan hospital dan klinik yang terlalu sesak.

Presiden baharu Joe Biden, yang akan menjawat jawatan pada 20 Januari, telah mengkritik pemberian vaksin yang bermasalah, dan pada minggu ini mengesahkan beliau akan menggunakan Akta Pengeluaran Pertahanan era Perang Korea bagi memaksa industri swasta mempertingkatkan pengeluaran vaksin untuk kerajaan. — AFP

Advertisement