Anda di sini

Aina & Aisha juara Idol, Rookie pertama Vokal Mania

Advertisement
AINA ABDUL
AINA ABDUL

SELAMA sembilan minggu bersiaran, Vokal Mania berakhir malam Sabtu lepas dengan menobatkan Aisha Retno sebagai Juara Rookie dan Aina Abdul sebagai Juara Idol pertama Vokal Mania.

Kedua-dua juara itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 (Juara Rookie) dan RM50,000 (Juara Idol), sebuah ‘gaming chair’ Tomaz serta trofi Vokal Mania.

Selaku Juara Rookie, Aisha Retno turut men-dapat sesi pembelajaran vokal percuma bersama Cikgu Delly.

Empat finalis Rookie iaitu Alif Kadim, Aisha Retno, Danial Chuer dan Eranzz Lambert telah membuat persembahan solo dan ‘battle’ sesama mereka serta persembahan ‘battle’ melawan Idol Aina Abdul, Tomok, Lan Solo dan Indah Ruhaila.

Selain itu, para idol juga mempunyai persembahan solo bagi menonjolkan bakat mereka demi mengumpul markah individu mereka.

Pada konsert finale Vokal Mania semalam, kesemua persembahan Rookie dan Idol dinilai oleh juri tetap Misha Omar dan Yusry Abdul Halim serta Adibah Noor sebagai juri jemputan yang membawa 70 peratus daripada markah keseluruhan mereka, sementara baki 30 peratus markah adalah daripada undian penonton melalui www.xtra.com.my/vokalmania.

Menariknya Konsert Finale Vokal Mania ini adalah pada format baharunya di mana pemenang pusingan ‘battle’ Rookie VS Idol akan merampas 30 peratus daripada jumlah undian pihak lawannya untuk ditambah ke jumlah pemarkahan mereka.

AISHA RETNO
AISHA RETNO

Konsert Finale Vokal Mania turut diserikan dengan persembahan Kugiran Masdo dengan lagu mereka, Teruna & Dara dan Bercanda Di Malam Indah pada pembukaan tirainya.

Selain itu, Haqiem Rusly turut membuat persembahan lagu ‘Mimpi’ di pertengahan program sebagai penyanyi jemputan.

Manakala, bekas-bekas Rookie HakeemZamall, Nuha Bahrin, Aufahanie, Qiem Churros dan Daniesh Suffian telah membuat persembahan penutup Finale Vokal Mania.

Program ini turut mendapat sokongan penaja bersama Mamee London Roll, “Enak di makan, mudah dinikmati setiap masa” dan Domino’s Pizza, “Aneka pilihan untuk semua” serta rakan-rakan media digital OhBulan!, xtra.com.my dan Senang Terhibur, juga rakan radio Hot FM.

Saksikan siaran ulangan Vokal Mania setiap secara HD di YouTube TV3Malaysia dan tonton.com.my.

Layari www.xtra.com.my/vokalmania dan laman media sosial TV3Malaysia untuk info yang lebih lanjut.

Advertisement