Anda di sini

722 anggota DBKK terima bantuan Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu

Advertisement
 Nordin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anggota DBKK.
SUMBANGAN: Nordin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anggota DBKK.

KOTA KINABALU: Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu telah menyampaikan bantuan kepada 722 anggota Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang meliputi pelbagai jabatan dalam DBKK.

Program murni ini telah di sempurnakan oleh Mayor DBKK yang juga merangkap Pengerusi Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Haji Siman.

Menerusi satu kenyataan kelmarin (17 Disember), beliau berkata program yang dianjurkan oleh Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu ini merupakan salah satu program penutup bagi tahun 2020.

Katanya, program ini direalisasikan sebagai menghargai usaha para warga barisan hadapan yang bertugas sejak bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) pada bulan Mac lalu hingga kini. 

Nordin turut memuji anggota DBKK yang telah berkhidmat dengan baik dan jujur dan berkata bahawa tanda sokongan sebegini diharap dapat merangsang semangat kerja yang jitu anggota untuk terus melaksanakan kewajipan dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Al Buruj atas sumbangan yang diberikan kepada Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu. 

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah pengarah-pengarah jabatan DBKK dan wakil-wakil penerima bantuan.

  • oleh
  • Advertisement