Anda di sini

Tempahan slot janji temu melalui MyJanjiTemu bagi urusan di JPN Sabah

Advertisement
KHAIRRUL
KHAIRRUL

KOTA KINABALU: Pelanggan yang ingin berurusan di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh Sabah kini perlu membuat tempahan slot janji temu melalui laman sesawang JPN di www.jpn.gov.my dan memilih menu Sistem MyJanjiTemu.

Pengarah JPN Negeri Sabah, Khairrul Aminus Kamaruddin dalam satu kenyataan pada Rabu berkata sebelum ini, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), para pelanggan yang ingin berurusan perlu membuat janji temu melalui panggilan telefon.

Kini katanya JPN Negeri Sabah telah mengemaskini tatacara membuat tempahan slot janji temu bagi semua urusan di pejabat JPN Sabah melalui laman sesawang seperti yang disebutkan di atas.

"Para pelanggan adalah dinasihatkan supaya merancang masa dengan baik untuk berurusan di mana-mana pejabat JPN dengan mematuhi Standard Operating Procedures (SOP), PKPB yang masih berkuatkuasa. 

"Untuk sebarang pertanyaan, para pelanggan boleh menghubungi nombor telefon Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (PPP), JPN Sabah di talian 088-488300,  088-488301 atau 088-488365," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement