Anda di sini

AS mulakan program vaksin COVID-19

Advertisement
 Dr Joseph Varon (kiri) dibantu anggota perubatan (dari kanan) Stephanie, Elizabeth Gamboa dan Gabriel Cervera Rodriguez melakukan prosedur trakeostomi ke atas seorang pesakit di unit rawatan rapi (ICU) COVID-19 di Pusat Perubatan Memorial United di Houston, Texas kelmarin. Di negeri Texas sahaja telah mencatatkan lebih 1.48 juta kes dengan lebih 24,500 kematian. — Gambar AFP
GENTING: Dr Joseph Varon (kiri) dibantu anggota perubatan (dari kanan) Stephanie, Elizabeth Gamboa dan Gabriel Cervera Rodriguez melakukan prosedur trakeostomi ke atas seorang pesakit di unit rawatan rapi (ICU) COVID-19 di Pusat Perubatan Memorial United di Houston, Texas kelmarin. Di negeri Texas sahaja telah mencatatkan lebih 1.48 juta kes dengan lebih 24,500 kematian. — Gambar AFP

WASHINGTON: Lebih 300,000 orang di Amerika Syarikat (AS) telah meninggal dunia akibat COVID-19, menurut kepada catatan Universiti Johns Hopkins kelmarin, ketika negara itu memulakan program pemvaksinan besar-besaran yang sangat dinantikan.

Penantian tersebut berakhir apabila seorang jururawat dari New York Sandra Lindsay menjadi orang pertama menerima suntikan Pfizer-BioNTech dalam acara yang disiarkan secara langsung di televisyen.

AS telah merekodkan lebih 16.3 juta kes jangkitan COVID-19.

Sepanjang dua minggu lepas, pangkalan data Johns Hopkins menyenaraikan lebih 2,500 kematian akibat COVID-19 setiap hari, dengan angka tersebut melebihi 3,000 pada Rabu dan Sabtu minggu lepas.

Jumlah kematian yang mengejutkan dan setakat ini tertinggi di dunia, menggariskan usaha AS untuk mengawal pandemik ketika pihak berkuasa sering memberikan pelbagai pesanan mengenai pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan penutupan.

Presiden Donald Trump dan beberapa pegawai kanannya turut beberapa kali meremehkan risiko ketika kes merebak di seluruh negara.

Pihak berkuasa memberikan amaran mengenai peningkatan kematian selepas berjuta-juta orang bergerak ke seluruh negara sempena cuti Hari Kesyukuran bulan lepas.

Sebanyak 2.9 juta dos vaksin peringkat awal dijangka dihantar ke 636 kawasan pada Rabu ini, dengan pihak berkuasa menyatakan 20 juta rakyat akan menerima pelan dua suntikan pada hujung tahun dan 100 juta lagi pada Mac tahun depan. — AFP

Advertisement