Anda di sini

108 pemandu disaman dalam Ops Enam Kesalahan Utama Kenderaan 

Advertisement
 JSPT memeriksa salah seorang penunggang motosikal semasa Ops Lampu Isyarat Merah di sini.
PERIKSA: JSPT memeriksa salah seorang penunggang motosikal semasa Ops Lampu Isyarat Merah di sini.

KOTA KINABALU: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Kinabalu mengeluarkan 108 keping saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kesemua saman dikeluarkan semasa Ops Enam Kesalahan Utama Kenderaan yang dijalankan bermula jam 10.15 sehingga 11.30 pagi di sini.

“Bagi kesalahan itu, 75 keping saman membabitkan kesalahan melanggar lampu merah, 33 keping yang lain adalah kesalahan halangan dan mengabaikan isyarat lalu lintas di sekitar pusat bandaraya.

“Operasi yang dilaksanakan oleh seorang pegawai kanan dan 11 anggota adalah untuk pemeriksaan lesen P-Hailing membabitkan 280 kenderaan pelbagai guna serta 326 pengguna jalan raya,” katanya.

 Ops Lampu Isyarat Merah yang dijalankan di salah sebuah jalan utama sekitar sini.
OPS: Ops Lampu Isyarat Merah yang dijalankan di salah sebuah jalan utama sekitar sini.

Menurutnya operasi ini adalah antara lain bagi memastikan pemandu serta penunggang mematuhi peraturan jalan raya sempena musim perayaan yang hampir tiba.

“JSPT melancarkan Ops Lampu Isyarat Merah bermula 15 hingga 31 Disember depan bagi mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan termasuk penghantar makanan dan barangan (P-Hailing) di samping mendidik mereka agar tetap mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement