Anda di sini

Siri Viu Original ‘Keluarga Baha Don’ musim kedua lebih mengujakan

Advertisement
 

VIU, penyedia layanan penstriman video OTT terkemuka rantau ini yang dikendalikan oleh Viu International Limited, membawa kembali siri komedi mafia Malaysia yang pertama ‘Keluarga Baha Don bagi musim kedua dengan kelainan yang pasti mengujakan.

Siri Viu Original yang memenangi anugerah ini telah meraih sebilangan besar peminat apabila ia dilancarkan pada Julai 2019 dan telah terkenal dengan karakter pan-Malaysia dan komedi unik yang ditampilkan dalam setiap episod.

Dihasilkan oleh Anomalous Films, ‘Keluarga Baha Don’ berkisah tentang sebuah keluarga unik dan pelik yang mempunyai bisnes kulinari dan jenayah terancang.

Musim kedua siri ini bakal mengikuti kisah mereka yang tergantung dalam episod akhir musim pertama, di mana Jo (Remy Ishak) menyedari bahawa ayahnya, Baha Don (Othman Hafsham), mungkin masih hidup.

Sekuel yang dinanti-nantikan ini bakal melihat pelakon-pelakon yang membintangi siri asal termasuk Jihan Muse, Mark Adam, Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Melissa Campbell dan ramai lagi melakonkan watak-watak asal mereka.

Musim baharu ini bakal mengembangkan barisan pelakonnya dengan pelakon baharu seperti Tony Eusoff, Amy Mastura, Azman Hassan dan Marsha Milan.

Viu Malaysia terus mencabar batasan industri hiburan tempatan dengan memanfaatkan genre dan format baharu yang dilokalkan seterusnya memberi peluang kepada bakat tempatan dan pada masa yang sama mengetengahkan kemahiran mereka di pentas dunia.

Viu melancarkan produksi yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia buat julung kalinya pada tahun 2018 dan telah mengeluarkan sembilan produksi Viu Original semenjak itu, dan meraih beberapa anugerah di peringkat tempatan dan peringkat Asia.

‘Keluarga Baha Don’ telah memenangi Program Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2019.

Jihan Muse juga telah membawa pulang Asian Academy Creative Award dalam kategori Persembahan Komedi Terbaik untuk lakonannya sebagai Kesuma dalam siri ini.

Viu memenangi Penyesuaian Format TV Terbaik (Skrip) di Asia untuk ‘Pretty Little Liars’ pada Content Asia Awards yang pertama. Lima siri Viu Original bersama-sama menerima 14 pencalonan.

Tahun ini, Viu merangkul 33 anugerah di pusingan kebangsaan Asian Academy Creative Awards untuk rancangannya termasuk ‘Pretty Little Liars’, ‘The Bridge’, ‘Black’ dan ‘Kopitiam: Double Shot’.

Saksikan ‘Keluarga Baha Don’ musim 2 di Viu!

Muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store dan Google Play dan TV pintar terpilih, dan juga di laman sesawang www.viu.com.

Advertisement