Anda di sini

Sebuah kereta musnah terbakar di Bintulu

Advertisement
Keadaan kereta milik seorang lelaki yang terbakar di Simpang Kidurong Avenue pada malam Sabtu. - Gambar ihsan Bomba.
Keadaan kereta milik seorang lelaki yang terbakar di Simpang Kidurong Avenue pada malam Sabtu. - Gambar ihsan Bomba.

BINTULU: Seorang lelaki hanya mampu berputih mata apabila kereta yang diletakkannya di Simpang Kidurong Avenue, Jalan Tanjung Kidurong di sini musnah terbakar, pada malam Sabtu. 

Jurucakap Pasukan Bravo, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, sepasukan anggota bomba bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.18 malam. 

"Setibanya di lokasi kejadian, pihak kita mendapati api sedang marak memusnahkan bahagian enjin kenderaan terbabit," katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu pasukan bomba menggunakan satu aliran air bagi memadam kebakaran dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.54  malam.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati komponen enjin kereta terbabit terbakar sepenuhnya. 

Bagaimanapun katanya semasa kejadian, pemilik kereta merupakan seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun tidak berada dalam kereta terbabit. 

"Siasatan terperinci akan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan berlakunya kebakaran berkenaan," tambah beliau. 

  • oleh
  • Advertisement