Anda di sini

Hukuman penembak masjid Quebec diringan 25 tahun

Advertisement

MONTREAL: Seorang lelaki yang menembak mati enam penganut Islam di sebuah masjid Quebec pada 2017 diringankan hukumannya kepada selama 25 tahun kelmarin selepas sebuah mahkamah Kanada memutuskan adalah melanggar perlembagaan untuk dia menjalani hukuman penjara seumur hidup berturut-turut.

Alexandre Bissonnette, yang berusia 31 tahun pada minggu depan, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tiada kebarangkalian untuk parol selama 40 tahun pada 2019.

Dalam keputusan sebulat suara, Mahkamah Rayuan Quebec menyatakan satu peruntukan dalam Akta Jenayah diperkenalkan pada 2011 yang membenarkan para hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup berturut-turut bagi beberapa pembunuhan telah melanggar Piagam Hak dan Kebebasan Rakyat Kanada.

Panel tiga hakim berkata, ia membuatkan ia tidak mustahil untuk melaksanakan hukuman yang akan pada setiap masa adalah kejam dan luar biasa, dan sangat tidak seimbang.

Pendakwa raya telah me-nuntut hukuman penjara selama 150 tahun, yang akan menjadi tempoh paling lama di Kanada, sementara  pihak pembelaan mengemukakan petisyen untuk 25 tahun.

Hakim perbicaraan menjatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun ke atas Bissonnette, menganggarkan bahawa menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang pembunuh untuk tempoh yang lebih lama daripada jangka hanyatnya berisiko menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti dalam sistem kehakiman. Bissonnette  berusia 27 tahun pada masa dia ditangkap.

Dengan melakukan sebegitu, Hakim Mahkamah Agung Quebec Francois Huot  telah secara efektif menulis semula undang-undang hukuman di Kanada, yang menurut mahkamah rayuan juga adalah satu kesilapan.

Mahkamah rayuan berkata, Huot sepatutnya mentaksah-kan peruntukan hukuman dan menjatuhkan hukuman penjara serentak ke atas Bissonnette sejajar dengan undang-undang seperti yang ditulis sebelum tahun 2011.

Namun ia menambah, ini masih satu hukuman penjara seumur hidup dan parol tidak terjamin selepas 25 tahun.

Pada 29 Januari, 2017 Bissonnette menyerbu masuk ke dalam masjid Bandar Quebec dan menembak 40 lelaki serta empat kanak-kanak yang sedang berbual selepas sembahyang petang.

Dia secara sistematik melepaskan beberapa das tembakan, berundur ke sudut yang selamat untuk mengisi semula peluru ke dalam pistol sembilan milimeter se-kurang-kurangnya sebanyak empat kali, seperti dia sedang bermain satu permainan video, kata seorang saksi ketika perbicaraannya.

Enam lelaki terkorban dan lima lagi mengalami kece-deraan serius.

Kesemua mangsa adalah pemilik dua kerakyatan yang berhijrah ke Kanada iaitu dua rakyat Algeria, dua dari Guinea, seorang dari Maghribi dan seorang dari Tunisia.

Bissonnette telah digambarkan selepas penahanannya sebagai penyokong ketua-nan kulit putih menentang imigrasi Islam namun tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan.

Direktorat bagi pendakwaan jenayah di Quebec menyatakan ia sedang meneliti keputusan mah-kamah rayuan, yang akan diterima Mahkamah Agung Kanada.

Boufeldja Benabdallah, pengasas bersama masjid Quebec, meluahkan rasa kecewanya dengan hukuman yang diubah semula, menjelaskan bahawa keluarga mangsa terpaksa mengingati semula tragedi pada setiap peringkat kehakiman. — AFP

Advertisement