Anda di sini

Diplomat Iran dibicara di Belgium berhubung komplot bom

Advertisement
 Gambar fail 30 Jun, 2018 menunjukkan orang ramai memegang gambar           saudara-mara yang mati dibunuh oleh rejim Mullah semasa perhimpunan anjuran CNRI                      di Villepinte, utara Paris. Seorang diplomat Iran dihadapkan dalam perbicaraan di Belgium semalam atas tuduhan merancang untuk mengebom rali pembangkang itu. — Gambar AFP
TUNTUT KEADILAN: Gambar fail 30 Jun, 2018 menunjukkan orang ramai memegang gambar saudara-mara yang mati dibunuh oleh rejim Mullah semasa perhimpunan anjuran CNRI di Villepinte, utara Paris. Seorang diplomat Iran dihadapkan dalam perbicaraan di Belgium semalam atas tuduhan merancang untuk mengebom rali pembangkang itu. — Gambar AFP

BRUSSELS: Seorang diplomat Iran dihadapkan dalam perbicaraan di Belgium semalam atas tuduhan merancang untuk mengebom satu rali pembangkang di luar Paris, dalam satu kes yang telah membangkitkan ke-tegangan dengan Tehran.

Pada Jun 2018, pihak berkuasa Belgium menghalang apa yang menurutnya adalah satu cubaan untuk menyeludup bahan letupan ke Perancis bagi menyerang perhimpunan salah satu pergerakan pembangkang dalam buangan di Iran.

Pada lewat tahun itu, kerajaan Perancis menuduh perkhidmatan perisikan Iran mendalangi operasi tersebut, satu tuduhan yang dinafikan dengan marah oleh Tehran.

Assadollah Assadi, diplomat Iran berusia 48 tahun yang sebelum ini berpangkalan di Vienna, berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup sekiranya disabitkan.

Majlis Penentangan Kebangsaan Iran (NCRI), yang termasuk Mujahidin Rakyat Iran (MEK), menganjurkan satu rali di Villepinte di luar Paris pada 30 Jun, 2018.

Beberapa figura antarabangsa terkenal, termasuk bekas pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Britain serta bekas senator Franco-Colombia Ingrid Betancourt dan pemimpin NCRI Maryam Rajavi, akan meng-          hadirinya.

Pada pagi yang sama, polis Belgium menghalang satu pasangan Belgium-Itali yang memandu dari Antwerp  serta membawa setengah kilo bahan letupan TATP dan satu alat peledak.

Pasangan yang ditangkap, Nassimeh Naami berusia 36 tahun dan Amir Saadouni berusia 40 tahun, menyertai Assadi di kandang pesalah, bersama-sama dengan seorang rakan subahat, Mehrdad Arefani, 57.

Keempat-empat mereka telah didakwa dengan cubaan untuk melakukan serangan pengganas dan mengambil bahagian dalam aktiviti bagi sebuah kumpulan pengganas. Semua mereka berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Assadi ditangkap semasa dia sedang bergerak melalui Jerman di mana dia tidak mempunyai kekebalan dari pendakwaan, berada di luar negara bagi tugas diplomatiknya.

Arefani, seorang penyajak Iran yang telah menetap di Belgium selama lebih satu dekad, ditangkap di Perancis pada 2018 selepas Belgium mengemukakan satu waran tangkap Eropah.

Peguam yang mewakili orang yang disasarkan oleh serangan tersebut menyata-kan Arefani adalah rapat dengan Assadi, dikatakan sebagai perancang utama, dan merujuk kepada kad sim Austria yang ditemui dalam miliknya.

Kedua-dua lelaki itu menafikan sebarang kaitan.

“Kami sedang melihat pada satu kes yang jelas bagi keganasan negara,” menurut peguam Georges-Henri Beauthier, yang mewakili kepentingan NCRI, bersama dengan rakan setugas di Pe-rancis William Bourdon.

Dimitri de Beco, peguam bela Assadi, menuduh plaintif umum sebagai cuba untuk menukar kes menjadi satu perbicaraan politik bagi pihak pergerakan pembangkang.

Menurut pakar dari Iran, Francois Nicoullaud – seorang bekas duta Perancis ke Tehran – Presiden Iran Hassan Rouhani terkejut apabila mengetahui mengenai serangan yang gagal.

“Melawat Eropah pada kali ini, beliau adalah benar-benar berang apabila mengetahui tentang operasi perkhidmatan perisikan ini, di mana beliau tidak pernah dimaklumkan,” diplomat memberitahu AFP.

Pada masa rancangan ter-sebut, Rouhani telah cuba untuk mengekalkan soko-ngan Eropah untuk perjanjian nuklear Iran 2015, yang Presiden AS  Donald Trump  telah tinggalkan.

Ketika Paris menuding jari kepada perisikan Iran, seorang jurucakap Iran me-nyuarakan penafian dan berkata penentang perjanjian dalam “bahagian tertentu” telah cuba untuk memerangkap Tehran.

Idea itu telah ditolak oleh pihak pemerhati seperti Nicoullaud sebagai satu muslihat. “Ia tidak serius,” jelas beliau.

Perbicaraan dijadual akan mengambil masa dua hari, Jumaat dan kemudian Khamis minggu depan. Mahkamah kemudian dijangka akan ditangguhkan bagi mempertimbangkan keputusannya sebelum membuat keputusan pada awal tahun hadapan. — AFP

Advertisement