Anda di sini

Tiga kali tertipu baharulah sedar

Advertisement
 

MIRI: Setelah tiga kali membuat pembayaran, baharulah seorang lelaki yang tidak bekerja sedar dia sebenarnya ditipu kegiatan pelaburan yang tidak wujud.

Semuanya urusan dan transaksi dijalankan dalam talian, menyebabkan mangsa lesap RM11,720.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata pada 4 November lalu sekitar jam 7 malam, mangsa berkenalan dengan seorang lelaki bernama 'Zi Qing' melalui Facebook. 

Zi Qing menawarkan kepada pengadu satu pakej pelaburan wang yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Kemudian pada pukul 8.34 malam mangsa dihubungi 'Peter' menerusi WhatsApp yang bertanya adakah berminat dengan pelaburan diperkenalkan Zi Qing.

Lim menerusi kenyataan media berkata, mangsa yang tidak bekerja membuat pembayaran dalam talian tiga kali kepada Peter.

Pertama, RM500 untuk membuka akaun pelaburan pada 8 November; kedua pembayaran RM4,500 pada 24 November untuk menutup akaun pelaburan atas permintaan mangsa; ketiga RM6,270 pada 25 November kononnya untuk 'melepaskan' wang tersebut kerana ditahan kerajaan.

Pada 26 November, mangsa dihubungi Peter sekali lagi meminta bayaran RM7,180 kononnya bagi menjelaskan caj SST.

"Tetapi pengadu tidak mahu buat bayaran lagi kerana pengadu mula berasa tertipu," kata Lim. 

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada petang Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

  • oleh
  • Advertisement