Anda di sini

Ribuan wanita berhimpun di Chile, nyanyi lagu feminis

Advertisement
 Ribuan wanita berhimpun sempena Hari Antarabangsa bagi Pembasmian Keganasan Terhadap Wanita di Santiago kelmarin. — Gambar AFP
PROTES: Ribuan wanita berhimpun sempena Hari Antarabangsa bagi Pembasmian Keganasan Terhadap Wanita di Santiago kelmarin. — Gambar AFP

SANTIAGO: Ribuan wanita berhimpun di salah sebuah plaza utama di Santiago kelmarin dan menyanyikan lagu feminis ‘A Rapist In Your Path’ (Seorang Perogol di Laluan Anda) sempena Hari Antarabangsa bagi Pembasmian Keganasan Terhadap Wanita anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum polis Chile meleraikan mereka dengan ganas.

Dicipta oleh kumpulan feminis Chile, Las Tesis, dan pertama kali dipersembahkan pada 2019, lagu itu mengecam lelaki yang menyerang wanita dan diiringi tarian.

Empat anggota Las Tesis mengetuai persembahan, yang sudah disalin dan di-terjemahkan kepada pelbagai bahasa oleh wanita di seluruh dunia.

Hadirin dapat melengkap-kan nyanyian hanya sekali sebelum polis menggunakan meriam air untuk meleraikan penunjuk perasaan dari Plaza Italia di pusat Santiago.

Las Tesis menjadi terkenal di seluruh dunia sewaktu demonstrasi di Chile menentang jurang ekonomi pada 2019 dengan persembahan teater jalanan.

Pada Mei lalu, empat anggota kumpulan itu yang memakai pelitup muka dan sut merah dengan bendera Chile, muncul di depan sebuah balai polis di Valparaiso manakala satu suara wanita membaca lirik yang mengkritik anggota polis berseragam, pasukan Carabineros.

Awal kelmarin, kumpulan wanita berdemonstrasi di Santiago untuk menuntut pembasmian keganasan oleh lelaki. Perintang dibakar dan sebuah kedai dijarah.

“Kami percaya keganasan terhadap wanita merupakan sebahagian daripada keganasan kerajaan yang berstruktur dan sistem patriark li-beral baharu yang dikenakan ke atas kami di negara ini,” kata penunjuk perasaan dan peguam feminis Florencia Pinto kepada AFP.

Demonstrasi itu merupakan satu daripada puluhan yang diadakan di seluruh dunia untuk membantah keganasan terhadap wanita, dari Istanbul hingga kepada Paris dan Kota Mexico.

Demonstrasi itu menjadi semakin mustahak ekoran peningkatan keganasan yang membimbangkan ke atas wanita di seluruh dunia sejak pandemik COVID-19 bermula.

Venezuela mendokumen-kan 228 pembunuhan wanita pada 2020, sebanyak 159 dari-padanya berlaku selepas se-katan pergerakan COVID-19 bermula pada pertengahan Mac lalu, kata  badan Monitor de Femicidos.

“Kami sedang dibunuh,” laung sekumpulan wanita yang menunjuk perasaan di ibu kota Caracas.

Sekumpulan besar wanita dan penyokong mereka turut berarak di Kota Mexico, termasuk wanita peribumi, pondan, dan saudara-mara mangsa yang telah dibunuh atau hilang dalam perang dadah di negara itu.

“Janganlah kita lupa, sementara keganasan menyatukan kita, bahawa keganasan berubah menjadi sesuatu yang lebih kuat iaitu kemarahan feminis yang bermaruah”, kata salah seorang peserta perarakan dan pelajar kolej berusia 27 tahun, Luky Coutino. — AFP

Advertisement