Anda di sini

Jambatan gantung terputus, tiga pelajar cedera 

Advertisement
 Keadaan jambatan gantung yang terputus tiba-tiba semasa mangsa mencari liputan internet di kawasan itu.
JAMBATAN: Keadaan jambatan gantung yang terputus tiba-tiba semasa mangsa mencari liputan internet di kawasan itu.

RANAU: Kesungguhan tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut untuk mendapatkan liputan internet berakhir tragedi selepas jambatan gantung yang dilalui kesemua mangsa rosak akibat terputus.

Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan teruk dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam Isnin lepas di Kampung Gusi dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, dua pelajar mengalami kecederaan patah paha dan betis manakala seorang lagi cedera di bahagian tulang belakang.

"Sebelum kejadian, seramai lapan remaja termasuk tiga pelajar terbabit berada di kawasan itu bagi mendapatkan liputan internet untuk mengikuti kelas dalam talian," katanya mengesahkan kejadian ketika dihubungi di sini.

Bagaimanapun jelasnya, jambatan gantung yang digunakan mangsa di kawasan itu terputus secara tiba-tiba hingga mengakibatkan ketiga-tiga mangsa jatuh dan cedera.

Beliau berkata, liputan internet di kawasan Kampung Gusi agak sukar diperoleh namun pada waktu malam di kawasan jambatan gantung itu, liputan internet agak baik.

Kejadian terbabit turut tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp hingga menarik perhatian ramai netizen.

  • oleh
  • Advertisement