Anda di sini

Sekolah rendah terletak berhampiran tebingan sungai akan dipindah

Advertisement
 

KOTA SAMARAHAN: Sejumlah 260 sekolah rendah terletak berhampiran tebing sungai di negeri ini akan dipindahkan ke kawasan tanah lebih tinggi, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong (gambar).

Menurut beliau, ia menjadi fokus utama kerajaan negeri kini memandangkan sekolah-sekolah berkenaan sentiasa banjir ketika musim hujan.

"Ini fokus utama kita kerana setiap tahun kita akan mengalami sekolah banjir dan kita merasakan sekolah-sekolah ini perlu dipindahkan ke tempat atau kawasan tanah lebih tinggi. Kita tahu ia mungkin memakan masa kerana kita perlu mencari tapak dan perlu diluluskan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) yang mengambil masa satu hingga dua tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita menghadiri majlis perasmian Persidangan Antarabangsa mengenai Teknologi dan Sains Inovasi untuk Penyelidikan dan Pendidikan (InnoSTRE) Edisi Khas 2020 anjuran UiTM cawangan Sarawak yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Joharu Tun Openg di UiTM di sini, hari ini.

Manyin berkata, langkah untuk memindahkan sekolah berkaitan ke kawasan lebih tinggi adalah lebih baik berbanding kerajaan terpaksa perlu menyalurkan bantuan menaik taraf setiap tahun ekoran kerosakan akibat banjir.

Beliau berkata pada masa yang sama kerajaan sedang dalam usaha menaik taraf bangunan sekolah usang di negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement