Anda di sini

Sekatan pandemik burukkan keganasan terhadap wanita

Advertisement
 Gambar fail 23 Mac lalu menunjukkan seorang penunggang basikal melintasi kain rentang tertera kenyataan bermaksud ‘Duduk di rumah tidak selamat langsung! Virus patriarki juga wujud!’ di sebatang jalan di Athens semasa sekatan pergerakan pertama bagi mengekang penularan COVID-19. Tahun ini aduan yang dikemukakan menerusi talian bantuan bagi keganasan berasaskan jantina telah meningkat sebanyak 35 peratus, namun dalam masyarakat patriarki Greek, keganasan terhadap wanita kerapkali disembunyikan,
TERBELENGGU: Gambar fail 23 Mac lalu menunjukkan seorang penunggang basikal melintasi kain rentang tertera kenyataan bermaksud ‘Duduk di rumah tidak selamat langsung! Virus patriarki juga wujud!’ di sebatang jalan di Athens semasa sekatan pergerakan pertama bagi mengekang penularan COVID-19. Tahun ini aduan yang dikemukakan menerusi talian bantuan bagi keganasan berasaskan jantina telah meningkat sebanyak 35 peratus, namun dalam masyarakat patriarki Greek, keganasan terhadap wanita kerapkali disembunyikan,

PARIS: Tiada negara yang terlepas daripada pandemik COVID-19 yang menyaksikan peningkatan kesan keganasan domestik ketika kawalan pergerakan memburukkan masalah ekonomi dan mental.

Daripada peningkatan kes rogol di Nigeria dan Afrika Selatan, pertambahan jumlah wanita yang hilang di Peru, kadar lebih tinggi kes wanita yang dibunuh di Brazil dan Mexico serta pertubuhan yang bertambah di Eropah, pandemik telah memburukkan lagi kesan keganasan seksual.

Menurut statistik PBB yang dikeluarkan lewat September lalu, kawalan pergerakan telah membawa kepada peningkatan dalam  aduan atau panggilan yang melaporkan penderaan domestik sebanyak 25 peratus di Argentina, 30 peratus di Cyprus dan Perancis serta 33 peratus di Singapura.

Di semua negara, langkah-langkah bagi mengehadkan penyebaran COVID-19 mengakibatkan wanita dan kanak-kanak terkurung di rumah.

“Rumah telah menjadi tempat paling berbahaya bagi wanita,” sebuah pertubuhan dari Maghribi menyatakan pada April ketika mereka mendesak pihak berkuasa memberikan respons darurat.

Di India, Heena, 33, seorang tukang masak yang tinggal di Mumbai, mengakui berasa terperangkap di dalam rumahnya sendiri bersama suami yang tidak bekerja, mengambil dadah dan kejam.

Ketika menyatakan apa yang telah dialaminya, beliau kerap kali berhenti dan menangis.

Selepas membeli dadah, suaminya akan menghabiskan sepanjang hari sama ada leka dengan telefonnya bermain permainan video atau memukul serta menderanya, beliau memberitahu AFP melalui panggilan telefon.

Pada 15 Ogos, suaminya memukulnya lebih teruk daripada biasa di hadapan anak lelaki mereka berusia tujuh tahun sebelum menghumbannya keluar dari rumah pada jam 3 pagi.

“Saya tiada tempat untuk pergi,” kata beliau.

“Saya langsung tidak mampu menggerakkan badan saya, dia telah memukul saya dengan teruk, seluruh badan saya lebam.”

Berbanding pergi ke balai polis, beliau pergi ke rumah seorang rakan dan kemudian ke rumah ibu bapanya.

Beliau sekarang berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan bagi anak lelakinya, namun mahkamah tidak berfungsi sepenuhnya disebabkan oleh COVID-19.

Beliau sudah empat bulan tidak melihat anak lelakinya walaupun berjaya menghubunginya secara rahsia dari semasa ke semasa.

Bukan hanya mahkamah yang terjejas akibat virus.

Penutupan perniagaan dan sekolah, termasuk aktiviti kebudayaan dan olahraga, memburukkan lagi nasib mangsa yang sudah lemah akibat keadaan ekonomi tidak stabil dan tidak dapat melepaskan diri daripada keganasan.

Hanaa Edwar dari Iraqi Women’s Network, memberitahu AFP terdapat kemerosotan dalam situasi sosioekonomi keluarga selepas kawalan pergerakan, dengan lebih banyak keluarga mengalami kemiskinan yang mendorong kepada reaksi ganas.

Di Brazil, 648 kes pembunuhan wanita telah direkodkan pada separuh pertama tahun ini, penambahan kecil daripada tempoh yang sama pada 2019, menurut Forum Keselamatan Awam Rakyat Brazil.

Sementara kerajaan melancarkan kempen bagi menggalakkan wanita memfailkan aduan, forum itu menyatakan bahawa langkah-langkah bagi membantu mangsa masih belum mencukupi.

Di seluruh dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan hanya sebuah daripada lapan negara telah mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan kesan pandemik terhadap wanita dan kanak-kanak.

Di Sepanyol, mangsa akan secara sembunyi meminta pertolongan di farmasi dengan menggunakan kod ‘mask-19’ dan beberapa pertubuhan Perancis menubuhkan pusat kontak di pasar raya.

“Wanita yang datang kepada kami berada dalam situasi yang semakin tidak tertanggung dan berbahaya,” kata Sophie Cartron, penolong pengarah pertubuhan yang bertugas di pusat beli-belah berhampiran Paris.

“Kawalan pergerakan membentuk tembok bagi berdiam diri,” kata beliau.

Dimobilisasikan pada 25 November, Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa masih belum pasti akibat kepada sekatan yang dikaitkan dengan pandemik COVID-19.

Perarakan bagi hak asasi wanita bagaimanapun dilakukan baru-baru ini di Costa Rica, Guatemala, Liberia, Namibia dan Romania.

“Kami tidak akan mampu untuk menunjuk perasaan bagi menyuarakan kemarahan kami atau berarak bersama-sama,” kata kumpulan feminis yang berpusat di Paris, Family Planning.

“Namun kami akan memastikan diri kami mendengar semua secara sama, secara maya dan visual.”

Tamara Mathebula daripada Suruhanjaya Kesaksamaan Jantina Afrika Selatan menyatakan satu maskuliniti toksid yang kronik ada di mana-mana.

Pada Julai, PBB menganggarkan sekatan selama enam bulan akan menyebabkan 31 juta tambahan kes keganasan seksual di seluruh dunia dan tujuh juta kehamilan yang tidak diingini.

Situasi turut menyatakan perjuangan berterusan dalam menentang mutilasi kemaluan wanita dan perkahwinan secara paksaan, menurut PBB. — AFP

Advertisement