Anda di sini

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kg Jawa Lanut

Advertisement
 Anggota Bomba memadam api supaya tidak merebak ke kawasan berhampiran.
PEMADAMAN : Anggota Bomba memadam api supaya tidak merebak ke kawasan berhampiran.

TAWAU : Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung (Kg) Jawa Lanut kira-kira jam 3 pagi, di sini.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 3.05 pagi berhubung kejadian itu.

"Sebaik menerima panggilan itu, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bersama dua jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) digerakan ke lokasi kejadian,"katanya.

Menurut Komander Operasi, kebakaran tersebut melibatkan tiga buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

"Sebaik tiba, pasukan bomba membuat pemadaman dan penyelamatan 'Offensive firefighting' di setiap penjuru bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 3.55 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya satu jam kemudiannya,"katanya dalam kenyataan media, di sini.

Jelasnya, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 5 Sabah (Tawau).

  • oleh
  • Advertisement