Anda di sini

Masyarakat diminta henti stigma terhadap pesakit COVID-19

Advertisement
 Chung (kiri) mewakili Liew untuk menghantar sumbangan bantuan makanan dan pelitup muka kepada pengurusan Tokong Lean Fu Tang.
SUMBANGAN: Chung (kiri) mewakili Liew untuk menghantar sumbangan bantuan makanan dan pelitup muka kepada pengurusan Tokong Lean Fu Tang.

TAWAU: Briged Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah menyeru semua lapisan masyarakat agar menghentikan stigma dan stereotaip terhadap pesakit-pesakit COVID-19 dan keluarga mereka, sebaliknya mendorong dan memberi semangat kepada mereka agar cepat sembuh.

Liew berkata, semua pesakit COVID-19 ini bukan penjenayah, mereka akan pulih semula dan discaj dari hospital selepas menjalani rawatan
rapi.

Beliau berkata demikian semasa memberi sumbangan sebanyak 300 set bantuan makanan dan pelitup muka kepada Tokong Lean Fu Tang, Tokong Buddhist Lodge (Pu Zhao Shi) dan Kg Sze Yip (Jalan Apas, Batu 1 ½) di sini kemarin.

"Ia adalah amalan yang tidak baik jika kita menganggap atau menunjuk
jari kepada mereka (pesakit-pesakit COVID-19 dan keluarga mereka) sebagai pesalah…sebaliknya, kita harus terus mendorong dan berdoa
agar mereka cepat sembuh,” katanya.

Menurutnya, stigma adalah diskriminasi terhadap sesuatu kumpulan
orang. Ini boleh dikaitkan dengan kurangnya pengetahuan tentang
bagaimana COVID-19 menyebar, keperluan untuk menyalahkan
seseorang, ketakutan tentang penyakit dan kematian, serta gosip yang menyebarkan khabar angin dan mitos.

Bagaimanapun, Liew juga berharap agar orang ramai menghentikan stigma dan stereotaip terhadap pesakit-pesakit COVID-19 yang telah sembuh atau yang telah discaj dari hospital.


 

Advertisement