Anda di sini

Bantuan Ebit Liew untuk barisan petugas hadapan selesai diagihkan

Advertisement
 Ebit tergerak hati untuk menghantar bantuan PPE ke Sabah selepas ramai yang mengadu memerlukan kelengkapan terbabit dengan pihaknya.
PRIHATIN: Ebit tergerak hati untuk menghantar bantuan PPE ke Sabah selepas ramai yang mengadu memerlukan kelengkapan terbabit dengan pihaknya.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (Ebit Liew) selesai mengagihkan bantuan kelengkapan perlindungan diri (PPE) kepada barisan petugas hadapan di pantai timur Sabah.

Turut diserahkan, perisai, pelitup muka dan pelindung kasut untuk kegunaan petugas hadapan menjalankan rutin khususnya semasa berdepan penghidap positif COVID-19.

Ketua rombongan yang mewakili pertubuhan berkenaan dari Kota Kinabalu, Mohd Ikhsan Helzy, 36, berkata usaha penyerahan bantuan terbabit disertai 10 sukarelawan.

"Sukarelawan kita terbahagi kepada dua kumpulan iaitu tim pertama menghulurkan bantuan di Hospital Kudat, manakala tim kedua pula bergerak ke kawasan pantai timur.

"Bantuan dihantar ke Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Semporna di Pantai Timur, selain Hospital Tuaran," katanya, menerusi kenyataannya, di sini, semalam.

Ikhsan berkata, bantuan terbabit diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban tugas yang digalas watak penting negara dalam menangani penularan pandemik COVID-19.

Selain kakitangan hospital, klinik dan petugas hadapan, pertubuhan itu menyampaikan bantuan serupa juga kepada sukarelawan yang bergiat aktif di kawasan Pantai Timur.

Terdahulu, peneraju pertubuhan berkenaan, Ustaz Ebit Liew dalam perkongsiannya di Facebook, mengatakan bahawa bantuan itu diusahakan berikutan aduan yang diterima.

Beliau berkata ramai yang mengadu dengan pihaknya sekaligus mendorong dirinya untuk menggerakkan usaha menghantar barangan keperluan untuk kegunaan petugas hadapan.



 

  • oleh
  • Advertisement