Anda di sini

PKN Miri serah derma kepada keluarga dua mangsa tragedi kapal Dayang Topaz

Advertisement
 Irlene (dua kiri) menyerahkan sumbangan ikhlas daripada mereka yang bermurah hati kepada Ang sambil disaksikan ahli jawatankuasa PKN Miri.
SUMBANGAN: Irlene (dua kiri) menyerahkan sumbangan ikhlas daripada mereka yang bermurah hati kepada Ang sambil disaksikan ahli jawatankuasa PKN Miri.

MIRI: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Miri menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,800 untuk keluarga kepada kedua-dua mangsa yang terkorban dalam tragedi kapal MV Dayang Topaz.

Pengerusi PKN Miri Korina Mang berkata berikutan insiden terbabit, beliau secara peribadi telah mencadangkan melalui perbincangan dalam kumpulan WhatsApp PKN Miri bagi mengadakan kutipan derma ikhlas untuk diserahkan kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia.

“Hasil kutipan sumba-ngan yang dikumpul ialah sebanyak RM2,800 jumlah keseluruhan.

“Antara yang bermurah hati menyalurkan sumba-ngan ialah ahli-ahli PKN Sarawak, artis Iban tempatan Emma Anthony, orang awam dari Miri, Bintulu dan Kuching serta peng-usaha anak syarikat Bubu Ridan Enterprise Miri dan pengusaha Sailor’s Cafe Sibu dan Syarikat Slymax HCS Sdn Bhd Miri,” kata-nya dalam satu kenyataan media di sini.

Korina berkata, sumba-ngan tersebut telah dise-rahkan wakilnya Setiausaha Irlene Bungan Yahya bersama Wanita Muda Judy Sharon Thou Yene Yuet kepada wakil syarikat ber-kenaan Ang Chung Kiong di sini, kelmarin.

“Semoga sumbangan prihatin yang telah disalurkan dapat meringankan beban keluarga mangsa.

“Salam takziah kepada keluarga mangsa, semoga anda sekeluarga tabah menghadapi dugaan,” ujarnya.

Advertisement