Anda di sini

GPS pergiat pembangunan di Kuala Matu: Juanda

Advertisement
 Juanda (tiga kiri) dalam satu sesi fotografi ketika salah satu jerayawara GPS di Kuala Matu.
SIMBOLIK: Juanda (tiga kiri) dalam satu sesi fotografi ketika salah satu jerayawara GPS di Kuala Matu.

MUKAH: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk membawa perubahan dan pembangunan di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, antara kawasan yang bakal berubah sepenuhnya dalam sedikit masa nanti adalah kawasan Kuala Matu dengan sekurang-kurangnya dua projek impak tinggi yang bakal dilaksanakan.

“Masjid Kuala Matu dan juga Benteng Hakisan Pantai Kuala Matu masing-masing bernilai RM15 juta akan dilaksanakan tidak lama lagi di Kuala Matu ini,” katanya ketika Program Randau Rakyat dan Jerayawara GPS di Kuala Matu, baru-baru ini.

Keprihatinan kerajaan negerinya dalam membawa arus perubahan bukan sahaja dalam bentuk fizikal namun turut disusuli dengan sosioekonomi penduduk itu sendiri.

Melalui dua projek impak tinggi itu nanti katanya, akan menjadi tarikan kepada pelancong ke Kuala Matu dan secara tidak langsung bakal menambah pendapatan ekonomi penduduk setempat.

Beliau pada masa sama turut menyeru kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) khusisnya di kawasan DUN Jemoreng untuk mengemas kini keperluan projek dan permasalahan mengikut kawasan masing-masing.

Ini bagi memudahkan tindakan serta pelaksanaan untuk diambil mengikut keutamaan.

Mengenai program randau itu, ia dilaksanakan secara berasingan iaitu di Surau Kampung Kuala Matu Hulu, Dewan Masuarakat Kuala Matu Hilir dan pusat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Cina Kuala Matu.

Sebelumnya, beliau turut membuat lawatan ke Masjid Daerah matu bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk stor, tempat parkir van jenazah, pagar, padang futsal dan lapangan memanah.

Advertisement