Anda di sini

Polis kawal lalu lintas di kawasan dinaiki banjir 

Advertisement
 Polis menjalankan kawalan lalu lintas di kawasan terjejas banjir.
KAWAL: Polis menjalankan kawalan lalu lintas di kawasan terjejas banjir.

PENAMPANG : Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Penampang menjalankan kawalan lalu lintas di beberapa kawasan yang dinaiki banjir selepas hujan lebat sejak subuh.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata penugasan diketuai Sarjan Zaini Ahmad bagi memastikan keadaan lalu lintas lancar sepanjang tempoh ini.

“Antara lokasi terjejas adalah Jalan Kibabaig dan Jalan Teluk Panglima Banting Dongongon yang hanya boleh dilalui oleh pacuan empat roda.

 MetMalaysia mengeluub231020-vv-arkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di negeri ini.
AMARAN: MetMalaysia mengeluub231020-vv-arkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan di negeri ini.

“Pengguna jalan bolehlah menggunakan laluan alternatif dari arah Country Height adalah Jalan Bukit Padang -Bundusan begitu juga dengan kenderaan dari arah Kibabaig ke arah Country Height,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk menggunakan jalan alternatif ini bagi mengelak dari terkandas di tengah jalan.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran Taufan Saudel yang dijangka menyebabkan angin kencang di beberapa kawasan termasuk kawasan perairan Sabah.

Berdasarkan notis nasihat terbabit Taufan Saudel kini berada kira-kira 622 kilometer (km) ke barat laut Manila, Filipina dan sedang bergerak dengan kelajuan maksimum 130km sejam.

Berdasarkan pencerapan dilakukan MetMalaysia ini,  jarak taufan itu kira-kira 1,164 km ke barat laut Kudat, Sabah.

Melalui muatan terbaharu yang dikeluarkan MetMalaysia, jabatan ini turut menyatakan amaran cuaca waspada di beberapa kawasan di negeri ini.

 Keadaan banjir di Kampung Berungis Tuaran seawal jam 6 pagi, hanya kenderaan berat boleh melalui laluan utama berikutan air dari sungai berhampiran melimpah ke jalan utama.-foto ihsan pembaca.
BANJIR: Keadaan banjir di Kampung Berungis Tuaran seawal jam 6 pagi, hanya kenderaan berat boleh melalui laluan utama berikutan air dari sungai berhampiran melimpah ke jalan utama.-foto ihsan pembaca.

Hujan lebat dijangka berlaku di kawasan Pedalaman membabitkan Membakut dan Beaufort, Pantai Barat, Sandakan termasuk Telupid dan Beluran serta Kudat dan Labuan yang dijangka sepanjang hari ini.

Hujan lebat turut menyebabkan beberapa lagi kawasan sekitar ibu negeri serta daerah sekitar digenangi banjir.
Jabatan berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini bersiap sedia menghadapi banjir selain operasi pemindahan penduduk.

  • oleh
  • Advertisement