Anda di sini

Lokasi bukan penghalang sedia suasana pembelajaran kondusif

Advertisement
 Rosey (tiga kiri) melakukan simbolik                                     penanaman anak pokok sebagai simbolik perasmian Program Santai Pemimpin Bersama SK Tanjong Belipat, petang kelmarin.
TANDA INGATAN: Rosey (tiga kiri) melakukan simbolik penanaman anak pokok sebagai simbolik perasmian Program Santai Pemimpin Bersama SK Tanjong Belipat, petang kelmarin.

MIRI: Meskipun terdapat sekolah daif di luar bandar, namun ada di antaranya masih mampu menyediakan kemudahan dan mewujudkan suasana yang selesa kepada pelajar.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus mengakui masih terdapat kekurangan kemudahan sekolah di luar bandar, namun ia tidak menjejaskan sesi pembelajaran.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Belipat contohnya, meskipun serba kekurangan, namun sekolah ini masih mampu mewujudkan suasana selesa, bersih dan tenang untuk murid,” ujarnya pada Program Santai Pemimpin Bersama SK Tanjong Belipat, petang kelmarin.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, walaupun sekolah tersebut pada fizikalnya kelihatan usang, namun pihak sekolah sentiasa komited menyedia-kan pendidikan sempurna kepada murid-muridnya.

“Biarpun sekolah ini ber-ada jauh di luar bandar, namun ia masih mampu mengekalkan sesi pengajaran dan pembelajaran pada tahap yang baik dan murid-murid juga kelihatan selesa,” jelasnya.

Tambah beliau, faktor geografi dan kelompok penempatan di Sarawak membuktikan sekolah amat diperlukan terutama kepada golongan anak-anak luar bandar.

Ia juga menjadi usaha murni kerajaan dalam memastikan mereka menerima pendidikan secara sama rata dengan anak-anak di kawasan bandar, katanya.

Pada majlis itu, Rosey turut mengumumkan geran berjumlah RM80,000 bagi membina bumbung perhimpunan sekolah.

Beliau turut merasmikan Pusat Sumber sekolah berke-naan seterusnya melawat pekarangan sekolah.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu dan Bapa (PIBG) SK Tanjung Belipat, Maimon Ibrahim dan Guru Besar SK Tanjung Belipat Ahmad Yajis Jaraiee.

  • oleh
  • Advertisement