Anda di sini

Lagi 'sarang' judi dalam talian di Padawan diserbu polis

Advertisement
Pegawai polis (kanan) memeriksa salah satu daripada suspek semasa serbuan dilakukan.
Pegawai polis (kanan) memeriksa salah satu daripada suspek semasa serbuan dilakukan.

KUCHING: Enam lelaki tempatan diberkas dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah kondominium di Jalan Sungai Tapang, dekat sini pada sekitar pukul 5 petang Selasa kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian. 


Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata suspek yang berumur lingkungan 21 tahun hingga 24 tahun itu menggunakan rumah kondominium sebagai pusat perjudian dalam talian bagi mengaburi mata pihak berkuasa agar sukar dikesan.

Menurutnya, sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi lebih kurang tiga bulan di tempat beroperasi dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). 

Semasa serbuan, pihak polis merampas beberapa peralatan digunakan untuk aktiviti tersebut antaranya empat unit CPU, empat unit monitor, dua buah telefon pintar pelbagai jenama dan sebuah buku rekod transaksi bank.

"Laman sesawang judi yang digunakan oleh sindiket ialah 918 Kiss, Kiss Kaya, Pussy 888 dan Mega 888. 


"Waktu beroperasi adalah 24 jam mengikut giliran yang telah ditetapkan dan jumlah keuntungan kasar bagi mencecah RM7,000 sehari," ujar beliau menerusi satu kenyataan hari ini. 

Tambahnya, setiap pekerja diberikan gaji sebanyak RM1,500 sebulan dan setiap daripada mereka dibekalkan oleh sindiket telefon pintar dan komputer. 


"Urusan melibatkan pasaran pelanggan tempatan.

"Setiap jumlah wang pertaruhan akan dikreditkan oleh pelanggan ke beberapa akaun bank sindiket dan seterusnya slip bank akan di hantar melalui sms dan aplikasi WhatsApp. Seterusnya, pekerja akan memberi kata laluan kepada pelanggan untuk memulakan permainan judi," jelas Aidil lagi. 

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

  • oleh
  • Advertisement