Anda di sini

Ketua Menteri rasmi Pejabat Pertanian Nanga Machan esok

Advertisement
Uggah bersama Allan (kiri) Edwin dan Dr Alvin di unit demonstrasi pertanian fertigasi yang disiapkan sebagai sebahagian daripada majlis pembukaan Pejabat Pertanian Nanga Machan yang  baharu itu esok.
Uggah bersama Allan (kiri) Edwin dan Dr Alvin di unit demonstrasi pertanian fertigasi yang disiapkan sebagai sebahagian daripada majlis pembukaan Pejabat Pertanian Nanga Machan yang  baharu itu esok.

KANOWIT: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan pembukaan Pejabat Pertanian baharu di Nanga Machan, di sini petang esok.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pejabat pertanian bernilai RM4 juta itu terletak di kawasan seluas 1. 2 hektar berhampiran bazar Nanga Machan.

Beliau dalam kenyataan hari ini memberitahu pejabat tersebut antara beberapa pejabat baharu Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) yang ditempatkan di kawasan luar bandar di negeri ini.

JPS katanya juga kini sedang giat meningkatkan usaha memodenkan sektor pertanian negeri dengan menekankan program pengembangan.

Ini termasuk memperkenalkan program dan aktiviti baru untuk membantu petani dan penternak menjana lebih banyak pendapatan, katanya.

Uggah pada hari ini telah mengunjungi pejabat berkenaan untuk melihat sendiri persiapan majlis pembukaan rasminya esok.

Pada majlis tersebut, Ketua Menteri juga katanya dijangka membuat beberapa pengumuman penting kepada petani dan penternak di Machan.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden, Setiausaha Tetap, Kementerian Pemodenan, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED), Edwin Abit dan Pengarah Jabatan Pertanian Dr Alvin Chai.

  • oleh
  • Advertisement