Anda di sini

STAR Kepayan sampaikan sumbangan kepada dua mangsa kebakaran

Advertisement
  Jeffery bersama Ahli jawatankuasanya ketika menyampaikan sumbangan kepada Hamidah salah seorang mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.
SIMPATI:  Jeffery bersama Ahli jawatankuasanya ketika menyampaikan sumbangan kepada Hamidah salah seorang mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

KOTA KINABALU: Simpati dengan musibah dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah di Rumah Murah Kepayan minggu lepas,  petang semalam Parti Solidariti Tanah AIRKU (STAR) bahagian Kepayan tampil menyampaikan sumbangan.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Bahagianya Jeffery Jamion disertai oleh Timbalan Ketua Bahagian Jeffree Jangki, Setiausaha Bahagian Kent Makinee Vivian, Bendahari Bahagian K.C.Leog, Ketua Wiramuda Gregory Jonathan Jeffree dan Ketua Wanita Diana James hadir menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada kedua-dua pemilik rumah.

Dalam kejadian minggu lepas dua blok rumah berjiran musnah dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12.00 tengah malam itu.

Menurut mangsa pertama kejadian Hamidah Hasshim, 90, beliau bersama anak anak dan cucu ketika kejadian berlaku berada di bahagian atas rumah tersebut bersama 7 buah keluarga yang menyewa di bahagian bawah rumah.

Bagaimana pun rumah yang sebahagianya dibuat dari papan menyebabkan kebakaran cepat berlaku tidak sempat menyelamatkan barangan yang ada di dalam rumah.

 Salah sebuah rumah musnah teruk dalam kejadian kebakaran tersebut.
MUSNAH: Salah sebuah rumah musnah teruk dalam kejadian kebakaran tersebut.

Oleh kerana kedudukan rumah berhampiran dan bahang api terlalu panas api terus merebak ke rumah jiran sebelah yang turut mengorbankan seorang warga emas Liew Hen Chong, 64, yang terperangkap di bahagian dapur.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak Bomba dan Polis .

Sementara itu Jeffery ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan tersebut berkata ianya merupakan tanggungjawab sosial parti STAR bahagian Kepayan kepada mangsa mangsa yang terlibat bagi meringankan beban yang mereka tanggung ekoran musibah tersebut.

"Kita amat bersimpati dengan musibah yang menimpa kesemua mangsa apa lagi melibatkan kematian, kami harap mereka tabah dan bersabar menerima ujian ini," katanya.

Advertisement