Anda di sini

RELA Ranau komited jalankan tanggungjawab

Advertisement
 Sebahagian anggota RELA yang bertugas sekitar pekan Ranau.
KOMITED: Sebahagian anggota RELA yang bertugas sekitar pekan Ranau.

RANAU: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daerah ini, komited dan ikhlas menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka demi masyarakat, bangsa dan negara.

"Kita menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan ikhlas berganding bahu dengan pihak PDRM dan tentera untuk mengawal rentas daerah dan negeri bagi membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian COVID-19," kata salah seorang anggota RELA daerah Ranau, yang enggan namanya diketengahkan.

Menurutnya, tugas untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang kini menjadi wabak seluruh dunia, adalah tanggungjawab bersama dikalangan rakyat dan bukan diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja.

"Kita tidak harus menuding jari dan menyerahkan kepada pihak berkuasa sahaja, sebaliknya harus bekerjasama terutama mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan termasuk memakai pelitup muka, penjarakan fizikal antara individu, sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau pembasmi kuman dan elakkan mengunjungi kawasan sesak (ramai orang).

"Kalau SOP dipatuhi, pasti kita akan berjaya memutuskan rantaian COVID-19 itu daripada merebak," katanya yang ditemui semasa bertugas di kawasan pekan Ranau.


 

Advertisement