Anda di sini

Hospital Nukleus Labuan terima sumbangan PPE dari pelbagai NGO

Advertisement
 Rombongan JCI Labuan ketika menghantar sumbangan di hospital.
PPE: Rombongan JCI Labuan ketika menghantar sumbangan di hospital.

LABUAN: Kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di sini berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM21,000 melalui program 'Memberi untuk Menyelamat' bagi membantu membeli Peralatan Perlindungan Diri (PPE) para petugas Hospital Nukleus Labuan.

Pengerusi Pelaksana Program Bernice Chin-Langshaw dari Persatuan Penghantaran Fret Labuan (LFFA) dan Junior Chamber International (JCI) didukung oleh pelbagai NGO untuk menjayakan program tiga hari itu.

"Kita melaksanakan program Memberi dan Menyelamat atas kesedaran para petugas barisan hadapan memerlukan lebih banyak peralatan untuk mengendalikan kes COVID-19 yang semakin meningkat," katanya.

Turut memberikan sumbangan melalui program itu ialah JCI Malaysia Kawasan Sabah, Persatuan Pembangunan Kanak-Kanak Labuan (LCDA), Kelab Lion Labuan Daerah 308-A2, Kelab Leo SM St Anne dan Kelab Leo UMSKAL.

Sumbangan itu disampaikan kepada Pengarah Hospital Nukleus Labuan Dr Adnan Musa Balidram.

Hadir sama dalam majlis penyampaian sumbangan ialah Presiden LFFA Prunella Phoong, Presiden LCDA Imelda Untol, Presiden Kelab Leo SM St Anne Anastasia Tolentino dan jawatankuasa pelaksana program berkenaan.


 

  • oleh
  • Advertisement