Anda di sini

Cuba masuk guna jalan tikus di Biawak, sembilan warga Indonesia diusir pulang

Advertisement
Polis mengambil keterangan daripada kesemua lelaki warga Indonesia.

KUCHING: Sembilan lelaki warga Indonesia diusir balik ke negara asal mereka kerana cuba masuk ke negeri ini secara haram melalui jalan tikus di sempadan Biawak, Lundu semalam. 

Pegawai Pemerintah Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching Superintenden Rosdi Inai berkata, kesemua mereka ditahan semasa Op Benteng COVID-19 yang dijalankan sekitar jam 7.45 pagi di lokasi tersebut. 

"Sepasukan polis dari Cawangan Risik Batalion 11 PGA Batu Kawa, Kuching yang terdiri seorang pegawai dan enam anggota telah menahan dan memeriksa sembilan lelaki warga Indonesia yang bersembunyi di belakang sebuah kedai makan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak, Lundu. 

"Kesemua mereka disyaki masuk melalui jalan yang tidak diwartakan (jalan tikus), Ladang Pasir Jaya, Pasir Tengah," katanya dalam kenyataan. 

Tambahnya, kesemua mereka juga gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran masuk ke Malaysia dan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pegawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Akta Imigresen 1959 (Akta 155)Seksyen 6(1). 

Justeru, tegasnya, kesemua mereka telah diusir dan seterusnya diarahkan berpatah balik ke Indonesia menggunakan laluan yang sama.

  • oleh
  • Advertisement