Anda di sini

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah meninggal dunia

Advertisement
 Jenazah Abdul Aziz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gunung Mesah, Gopeng semalam. — Gambar Bernama
PUSARA: Jenazah Abdul Aziz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gunung Mesah, Gopeng semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri  Abdul Aziz Shamsuddin, 82, meninggal dunia pada kira-kira jam 11.52 malam kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Perundingan Melayu (MPM).

“Solat jenazah akan diada-kan di Bukit Damansara selepas solat Subuh hari Sabtu, 17 Oktober 2020 (semalam). Namun demikian, kami mohon maaf SOP PKPB hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah.

“Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak,” me-nurut MPM dalam hantaran itu.

Menerusi hantaran itu juga, MPM memohon agar orang ramai dapat mendoakan Allahyarham dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin.

Abdul Aziz mula berke-cimpung dalam arena politik setelah menyertai UMNO di Cawangan Pelabuhan Klang pada tahun 1969.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Parlimen Shah Alam dari 2004 hingga 2008. Sebelum itu pada 1975, beliau dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham menyambung perkhidmatan sebagai Setiausaha Sulit dari tahun 1981 hingga 1999 dengan Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri keempat ketika itu.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Sementara itu di GOPENG,  jenazah Abdul Aziz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gunung Mesah di sini pada kira-kira jam 9.20 pagi semalam.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Nazasli, 52, berkata arwah bapanya menghidap sakit jantung, meninggal dunia di Pusat Perubatan Ara Damansara, Selangor, malam kelmarin di sisi keluarga.

“Allahyarham telah dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak lima minggu lalu selepas membuat pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan semalam.

Beliau berkata jenazah tiba di Gopeng pada jam 8.30 pagi selepas dimandikan dan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail di ibu negara selepas solat Subuh.

Menceritakan mengenai keperibadian arwah, beliau berkata arwah bapanya merupakan seorang yang ringkas dan berhati rakyat.

Allahyarham Abdul Aziz yang pernah berkhidmat sebagai guru, meninggalkan isteri Puan Sri Rosmawati Abdul Ghaffar, dua anak lelaki serta dua anak pe-rempuan.

Pengebumian jenazah turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan BERSATU Perak Saiful Adli Mohd Arshad, yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Orang Besar Jajahan Kampar, Toh Sedewa Raja Datuk Abdul Talib Abd Fahmi. — Bernama

Advertisement