Anda di sini

Jangkitan COVID-19 meningkat, Czech tutup restoran dan bar

Advertisement
 Pekerja menyusun bangku di sebuah pub pada Jumaat lepas ketika kerajaan mengumumkan pentutupan zoo, venue sukan dan kebudayaan selama dua minggu untuk              membendung penularan pandemik COVID-19 di Republik Czech. — Gambar AFP
DIARAH TUTUP: Pekerja menyusun bangku di sebuah pub pada Jumaat lepas ketika kerajaan mengumumkan pentutupan zoo, venue sukan dan kebudayaan selama dua minggu untuk membendung penularan pandemik COVID-19 di Republik Czech. — Gambar AFP

PRAGUE: Kerajaan Czech kelmarin berkata ia akan menutup restoran dan bar serta mengharamkan alkohol di tempat awam selepas peningkatan rekod dalam kes jangkitan COVID-19.

Langkah-langkah tersebut akan berkuat kuasa mulai hari ini dan berlanjutan sehingga 3 November, Perdana Menteri Andrej Babis memberitahu wartawan.

“Kami hanya mempunyai satu percubaan sekarang dan ia haruslah berjaya,” kata populis  bilionair itu yang kabinetnya telah dikritik berhubung dengan responsnya terhadap pandemik.

Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang mempunyai kira-kira 10.7 juta orang itu menunjukkan empat perkembangan rekod harian pada minggu lepas dengan 8,618 kes baharu pada Jumaat lepas.

Setakat kelmarin, kementerian kesihatan menyenaraikan 119,007 kes COVID-19 yang disahkan dan 1,045 kematian.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah kelmarin berkata Republik Czech merekodkan perkembangan terpantas dalam masa dua minggu bagi setiap 100,000 penduduk di EU.

Negara itu mempunyai 493 kes bagi setiap 100,000 orang, meningkat daripada 398 pada Jumaat lepas, mengatasi Belgium dengan 402.5 kes.

“Kita perlu mengambil langkah-langkah yang akan mengurangkan trend itu dalam tempoh dua atau tiga minggu, jika tidak kita akan kehabisan ruang kapasiti di hospital,” kata Menteri Kesihatan Roman Prymula.

Seramai enam orang yang dibenarkan dalam perjumpaan dan sekolah rendah akan ditukar kepada pembelajaran jarak jauh, sementara sekolah menengah dan universiti sudah melakukan pertukaran tersebut.

Selepas dapat bertahan daripada sebahagian besar gelombang pertama COVID-19  pada musim bunga dengan langkah-langkah yang se-suai, Republik Czech kini menyaksikan peningkatan dalam jangkitan sejak Ogos selepas ia menarik balik kebanyakan sekatan pergerakan pada musim panas.

Kerajaan sejak itu memperkenalkan semula pe-makaian pelitup muka yang wajib di dalam bangunan, mengurangkan jumlah orang yang menghadiri acara sama ada di luar atau dalam ba-ngunan serta menutup kolam renang, zoo dan gim.

Sejak kelmarin ia turut menunda acara sukan dan menutup pawagam, teater, muzium dan galeri. — AFP

Advertisement