Anda di sini

Anak pokok kopi tidak bertuan bernilai RM175,000 dirampas di sempadan negara di Lundu

Advertisement
Anggota 3Briged Pasukan Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) menjumpai dan merasmpas lima guni tidak bertuan berisi anak pokok kopi di luar pagar ICQS Biawak.
Anggota 3 Briged 11 RAMD menjumpai dan merampas lima guni tidak bertuan berisi anak pokok kopi di luar pagar ICQS Biawak.

KUCHING: Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged) oleh Pasukan Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) merampas barang tidak bertuan berupa lima karung guni berisi anak pokok kopi dianggarkan bernilai RM175,000 di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat pada Isnin.

Sel Perhubungan Raya Maskas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam satu kenyataan, hari ini berkata kejadian berkenaan berlaku di sektor Ops Benteng kawasan tanggungjawab pada 12 Oktober pukul 1.30 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, dalam kejadian tersebut, sepasukan anggota sedang melaksanakan rondaan jalan kaki di sekitar Kampung Biawak sebelum menjumpai lima karung guni diletakkan kira-kira 500 meter dari pagar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Biawak, Lundu.

"Terdapat 2,500 batang anak pokok kopi di dalam setiap guni dan dianggarkan bernilai RM175,000 bagi kelima-lima guni tersebut.

"Barangan tersebut dibawa ke Balai Polis Daerah Lundu dan diserahkan kepada pihak polis untuk pemeriksaan terperinci serta tindakan selanjutnya," jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu 1 Div berkata Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa komited, fokus dan mempunyai tahap kesiagaan yang tinggi dalam menganalisa persekitaran serta mengawal sempadan negara dari sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan, pencerobohan dan penyusupan pada bila-bila masa terutama dalam menghadapi gelombang ketiga penularan wabak COVID-19.

  • oleh
  • Advertisement