Anda di sini

Lelaki positif COVID-19 diminta menyerah diri di KK dengan kadar segera

Advertisement
HABIBI
HABIBI

KOTA KINABALU: Lelaki yang disahkan positif COVID-19 dikehendaki hadir di mana-mana Klinik Kesihatan (KK) berdekatan dengan kadar segera bagi memastikan tidak berlaku penularan kepada orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata suspek adalah warga tempatan berumur 53 tahun dan beralamat di Taman Puterajaya Telipok.

“Hasil siasatan mendapati suspek menjalankan pemeriksaan kesihatan sehari sebelum kejadian.

“Selepas didapati positif suspek kemudiannya diarahkan untuk menunggu di Unit Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) untuk dibawa ke hospital bagaimanapun suspek melarikan diri dan gagal dikesan buat masa ini,” katanya.

Tambahnya pihak Klinik Kesihatan Telipok juga ada menghubungi suspek namun suspek tidak menjawab panggilan berkenaan.

“Setakat ini suspek masih gagal dikesan dan Klinik Kesihatan Kota Kinabalu turut giat mengesan suspek untuk tindakan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kedudukan suspek diminta menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan segera.

“Orang ramai juga diminta berhati-hati dan tetap menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Habibi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

  • oleh
  • Advertisement