Anda di sini

Taufan Delta menuju ke AS selepas badai Mexico

Advertisement
 Gambar menunjukkan sebuah kereta ditimpa pokok yang tumbang ketika Taufan Delta membadai bandar Cancun          di negeri Quintana Roo, Mexico kelmarin. — Gambar AFP
TUMBANG: Gambar menunjukkan sebuah kereta ditimpa pokok yang tumbang ketika Taufan Delta membadai bandar Cancun di negeri Quintana Roo, Mexico kelmarin. — Gambar AFP

CANCUN: Taufan Delta reda ketika ia menuju ke Amerika Syarikat (AS) kelmarin selepas membadai pantai Caribbean di Mexico, di mana sebahagian pelancong mengadu tentang keadaan di pusat perlindungan kecemasan yang sesak pada waktu pandemik.

Gangguan bekalan elektrik berleluasa selepas Delta membadai Semenanjung Yucatan di tenggara Mexico sebagai taufan Kategori 2, menumbangkan pokok dan merosakkan talian kuasa elektrik.

Tetapi rantau berkenaan dipercayai sudah terlepas daripada kemusnahan besar dan tiada laporan diterima mengenai kematian sewaktu taufan menuju ke Teluk Mexico di mana ia reda kepada Kategori 1 ketika bergerak ke arah Pantai Teluk AS.

Ribut kencang melanda Cancun, salah satu destinasi pelancongan paling popular di negara itu, di mana kereta ditimpa pokok yang tumbang, tanda jalan patah ditiup ribut dan kedai rosak, menurut pemberita AFP.

Ribuan pelancong duduk dalam pusat perlindungan kecemasan di sepanjang pantai Riviera Maya ketika taufan melanda, yang menimbulkan kebimbangan tentang risiko pendedahan kepada COVID-19.

“Mereka membawa kami ke dalam sebuah bangunan yang diabaikan, tiada kehangatan, tiada pendingin hawa, tiada kipas, tiada peng-udaraan sama sekali,” kata pelancong berusia 42 tahun dari AS, Nick Fifis.

“Kakitangan cuba menolong semua orang, tetapi keadaan tidak teratur. Tiada pelitup muka, tiada penjara-kan sosial. Ia tidak selamat sama sekali,” katanya.

Bagaimanapun Mandy Sears berkata dia cukup gembira kerana tidak mengalami bahaya daripada ribut.

“Adakah kami selesa? Tidak, tetapi kami selamat. Pengalaman kami tidak bagus, ia adalah teruk. Tetapi ini adalah satu bencana. Kami tahu kami datang pada waktu musim taufan,” kata wanita berusia 47 tahun dari AS itu.

Delta telah diturun taraf daripada Kategori 4 “yang amat berbahaya” ketika ia mendekati semenanjung, tetapi dijangka kembali menjadi taufan besar apabila ia bergerak di Teluk Mexico, kata Pusat Taufan Nasional AS (NHC).

Pada Jumaat, taufan itu dijangka mendekati utara Pantai Teluk AS, di mana pengawasan taufan sudah dikeluarkan bagi kawasan dari High Island, Texas ke Grand Isle, Louisiana, katanya.

Sekurang-kurangnya 6,500 askar dikerahkan ke seluruh rantau berkenaan untuk membantu komuniti yang terjejas, pihak berkuasa melaporkan.

Anggota tentera kelihatan mengalih cabang pokok dan puing lain, manakala penduduk menggunakan parang untuk membersihkan jalan.

Lebih 40,000 pelancong yang kebanyakannya warga Mexico di Cancun dan pusat peranginan berdekatan dipindahkan sebelum taufan melanda, kata ketua persatu-an hotel tempatan Roberto Citron kepada AFP.

Di Cancun sahaja, lebih 160 pusat perlindungan disediakan. — AFP

Advertisement