Anda di sini

Pengerusi JKKK, bendahari dan setiausaha direman berkait dana MRP

Advertisement
Suspek semasa diiring pegawai SPRM di lobi Mahkamah Kuching. - Gambar oleh Roystein Emmor
Suspek semasa diiring pegawai SPRM di lobi Mahkamah Kuching. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Seorang pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama bendahari dan setiausaha dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk ditahan reman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan dana geran projek kecil luar bandar (MRP). 

Majistret Zaiton Anuar membenarkan permohonan reman yang dikemukakan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi ketiga-tiga lelaki tersebut selama dua hari, bermula esok. 

Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan, dua suspek berusia 57 tahun manakala seorang lagi, 27, ditahan oleh pegawai SPRM di sini pada malam Selasa. 

Sumber memberitahu, kesemua suspek disyaki menyalahgunakan dana MRP yang dimasukkan ke akaun JKKK berjumlah RM50,000 untuk bayaran pendahuluan sewa beli lori lima tan bagi kegunaan sendiri.

  • oleh
  • Advertisement