Anda di sini

Masyarakat niaga yakin Hajiji mampu lonjak ekonomi dalam situasi sukar

Advertisement
ALDRIN
ALDRIN

KENINGAU: Perjalanan politik Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang konsisten memberi keyakinan kepada masyarakat niaga di sini bahawa ekonomi negeri dapat digerakkan meski dalam keadaan kawalan rentas sempadan COVID-19.

Pengurus Wilayah Syarikat Swasta Aldrin Joe Abin Gindam berkata Hajiji mampu meningkatkan keyakinan pelabur untuk memberi impak terbaik ke atas pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Pada waktu yang sama Hajiji beserta barisan Kabinetnya mampu mengemukakan tuntutan secara langsung kepada Putrajaya untuk memperoleh hasil sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Pengurus Pemasaran Gabungan Firma Jualan Langsung Ho Mei Hah @ Adeline Misha Ho berkata Kerajaan Negeri Sabah yang memiliki hubungan langsung dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memacu pembangunan negeri ke era yang lebih baik.

MISHA HO
MISHA HO

Misha Ho dari Keluarga Aki Goong yakin, pengalaman Hajiji dalam pelbagai jawatan politik dapat memberi kelebihan kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk memperkasa ekonomi setempat dan antarabangsa mengikut kaedah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa sekarang.

Manakala Pesara Pegawai Kaunseling dan Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau Rozie Gitang Damai berkata kemenangan semua calon Perikatan Nasional (PN) dari komponen Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menunjukkan lonjakan kesatuan dan kematang politik ‘Orang Asal’.

ROZIE
ROZIE

Tambah Rozie, keyakinan masyarakat Orang Asal kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji telah memacu kemenangan semua calon PN-STAR di Pedalaman meskipun berhadapan ramai calon.

Calon-calon PN-STAR pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang kini merupakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan memperoleh kemenangan di Tambunan, Bingkor, Liawan, Sook, Tulid dan Paginatan.

Dr Jeffrey sendiri menang di Bingkor dengan majoriti 6,792 undi, Datuk Robert Tawik di Bingkor (5,070), Datuk Annuar Ayub di Liawan (641), Datuk Ellron Alfred Angin di Sook (1,232), Flovia Ng di Tulid (544) dan Datuk Abidin Madingkir di Paginatan (1,323).

  • oleh
  • Advertisement