Anda di sini

Larangan Rentas Daerah, Kerajaan Negeri jamin bekalan makanan mencukupi

Advertisement
JEFFREY melaporkan diri pada hari pertamanya memasuki pejabat Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah.
JEFFREY melaporkan diri pada hari pertamanya memasuki pejabat Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited memastikan bekalan makanan mencukupi di seluruh negeri sepanjang penguatkuasaan Larangan Rentas Daerah dari 3 hingga 16 Oktober.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata rakyat tidak perlu panik kerana bekalan makanan mencukupi.
 
“Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan segera bernilai RM50 juta untuk membantu rakyat yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Jeffrey berkata demikian ketika ditemui pada hari pertama menteri terbabit melaporkan diri di Wisma Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata bahawa baki RM10 juta akan disalur untuk bakul makanan kepada penduduk terkesan di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Menurutnya, fokus tertumpu dengan keempat-empat daerah terbabit yang kini menjalani penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB).

“Jaga kesihatan diri dan jangan keluar dari kawasan (bermastautin). Sentiasalah berada di rumah (jika tiada keperluan di luar rumah) sebab pandemik ini sudah menjadi serius.

“Buat sahaja yang perlu kita buat sebab situasi sekarang berisiko malah pandemik ini juga sudah bermutasi sekaligus membahayakan diri kita semua,” katanya.

Menyentuh hala tuju MAFI yang diterajuinya, beliau berkata sekarang adalah masa untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin sebelum memperkenalkan polisi baharu.
 
Termasuklah, jika nama kementerian perlu dijenamakan semula, selain penelitian dasar atau polisi sama ada perlu penambah-baikan atau diteruskan demi manfaat golongan sasar.

  • oleh
  • Advertisement