Anda di sini

KKA 2 pupuk semangat menyimpan pelanggan Agrobank

Advertisement
 Ahmad  Hamzah (tengah) menyampaikan hadiah berupa replika kunci Ford Ranger pada pemenang Cheng Siew Chan (kiri) sambil diperhatikan oleh Datuk Che Abdullah Mat Nawi (dua kiri) dan Khadijah Iskandar.
TAHNIAH: Ahmad Hamzah (tengah) menyampaikan hadiah berupa replika kunci Ford Ranger pada pemenang Cheng Siew Chan (kiri) sambil diperhatikan oleh Datuk Che Abdullah Mat Nawi (dua kiri) dan Khadijah Iskandar.

KUALA LUMPUR: Seramai lima pemenang hadiah cabutan bertuah telah diumumkan sebagai pemenang Kempen Kita-Kita Aje 2 (KKA 2) yang berlangsung pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Perdana Kempen KKA 2 Agrobank  baru-baru ini dengan nilai keseluruhan hadiah yang ditawarkan iaitu RM2 juta.

Pemenang hadiah cabutan bertuah bagi dua kategori utama yang dibuka kepada pelanggan yang berjaya membuat simpanan wang selama satu tahun, menerusi KKA 2 menerusi cawangan-cawangan Agrobank di seluruh negara.

Antara lima pemenang bertuah tersebut ialah Cheng Siew Chan dan Che Maraina Che Hussin yang berjaya membawa pulang hadiah berupa Ford Ranger Xlt.

Hadiah berupa HONDA CBR500R pula telah dimenangi oleh Alias Sani dan Azizah  A Bakar. Dua lagi pemenang iaitu Azmi Fresh Chicken Sdn Bhd telah berjaya memenangi hadiah wang tunai RM30,000 dan Catervax Resources memenangi Baucar Habib Jewel RM10,000.

Timbalan Menteri I Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata, program atau kempen seperti KKA 2 ini berperanan sebagai satu sistem ganjaran atau ‘Reward System’ kepada pelanggan setia Agrobank dilihat dapat memupuk semangat menyimpan di kalangan para pelanggan Agrobank, tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang terutamanya dalam menghadapi waktu sukar seperti sekarang ini.”

“Saya yakin dan percaya, mungkin ada di kalangan pelanggan Agrobank yang akan menggunakan duit lebihan gaji hasil daripada kemudahan auto-moratorium yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia, berikutan penangguhan bayaran pembiayaan rumah, kereta dan beberapa pembiayaan lain yang bermula 1 April lepas sehingga penghujung bulan ini, untuk menyertai Kempen KKA 3 ini,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Perdana Kempen KKA 2 Agrobank baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri  MAFI II ialah Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Penanggung Tugas Presiden  merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar.

Menurut  Khadijah, kempen ini telah dibuka kepada semua pelanggan dan pemegang AgroPrimaS di semua cawangan Agrobank dengan hanya membuat deposit serendah RM500.00 dan mengekalkan jumlah itu sehingga tamat tempoh kempen, iaitu selama 12 bulan.

“Kempen KKA 2 telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 60,000 akaun mengambil bahagian dan kami menyasarkan angka ini akan meningkat kepada 90,000 akaun menerusi kempen KKA 3 yang sudah pun bermula pada 1 Ogos lalu.”

“Kempen KKA Agrobank ini juga turut memberi peluang mudah kepada pelanggan Agrobank di kawasan luar bandar untuk memenangi hadiah dengan memperkenalkan Cabutan Bertuah Setempat yang agak unik jika dibandingkan dengan kempen cabutan lain”.

“Seramai 5,796 pemenang terpilih dibawah kategori Cabutan Bertuah Setempat dengan 21 pemenang daripada setiap cawangan Agrobank (138 cawangan Agrobank di seluruh negara) menerusi dua kali cabutan hadiah dibuat.

“Manakala 31 pemenang diumumkan bagi Kategori Cabutan Perdana yang mempunyai dua sub-kategori iaitu Kategori Umum dan Kategori Junior yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk kenderaan Ford Ranger XLT dan wang tunai berjumlah RM30,000 serta telefon pintar i-Phone XS,” katanya.

Kempen KKA 3 yang berlangsung sehingga 31 Julai 2021, merupakan tahun ketiga penganjuran Kempen KKA bakal menawarkan lebih banyak hadiah berupa wang tunai sebagai bantuan kewangan kepada pelanggan Bank dalam menghadapai keadaan sukar ketika COVID19 dan juga ketidaktentuan ekonomi bagi tempoh satu hingga 2 tahun.

Antara hadiah menarik ialah Wang Tunai Bulanan sebanyak RM4,000 dan Wang Tunai Bulanan (Dana Pendidikan) sebanyak RM1,000 bagi lima pemenang.

  • oleh
  • Advertisement