Anda di sini

Hajiji menang di Sulaman, Jahid kekalkan kerusi Tamparuli

Advertisement
HAJIJI
HAJIJI

KOTA KINABALU: Ketua Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berjaya pertahankan kerusi DUN N12 Sulaman pada PRN Sabah ke-16 hari ini.

Hajiji menang dengan majoriti 3,099 undi selepas meraih 5,919 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau menewaskan calon WARISAN Datuk Aliasgar Basri yang mendapat 2,820 undi manakala calon PCS hanya meraih 253 undi.

 
JAHID
JAHID

Pada pilihan raya 2018, Hajiji menang kerusi itu atas tiket BN-UMNO dengan majoriti 7,774 undi dengan 12,966 undi yang diraihnya.

Sambil itu, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim urut berjaya pertahankan kerusi DUN N14 Tamparuli.

Jahid meraih 6,483 undi untuk menang dengan majoriti 3,517 undi, mengalahkan tiga calon lain.

Pencabar terdekat ialah calon PKR Alijus @ Mohd Ali Sipil yang meraih 3,326 undi manakala calon PCS Denis Gimpah mendapat 1,001 undi dan calon LDP Raymond Alfred @ Jenry hanya meraih 377 undi.

Pada pilihan raya 2018, Jahid menang kerusi itu dengn majoriti 2,080 undi selepas meraih 6,818 undi.

  • oleh
  • Advertisement