Anda di sini

Persiapan semua Pusat Mengundi dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi lancar

Advertisement
 Petugas-petugas memeriksa dengan teliti ayat pemberitahuan ramai pada gegantung sebelum diletakkan di Pusat Mengundi.
PERSIAPAN: Petugas-petugas memeriksa dengan teliti ayat pemberitahuan ramai pada gegantung sebelum diletakkan di Pusat Mengundi.

PENAMPANG: Persiapan semua Pusat Mengundi (PM) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) berjalan lancar menjelang hari penting Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hasil tinjauan mendapati persiapan di kesemua PM dan PPRU tidak berhadapan masalah.

"Kita juga ada menyediakan 20 unti helikopter di pedalaman dan pulau seperti di SK Salilaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan dan pulau-pulau DUN Sulabayan.

 

"Sekiranya berlaku hujan, kita akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau bot, dan jangan susah hati kerana faktor cuaca sudah diambil-kira oleh SPR," katanya.

Abdul Ghani berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan persiapan PM dan PPRU DUN Moyog, di Pusat Kebudayaan Sabah Penampang, di sini, semalam.

Beliau juga puas hati kerana semua keperluan untuk proses pengundian seperti peti undi dan lain-lain peralatan sudahpun selesai disemak oleh tim-tim Pegawai Pengurus (RO).

"Kita harap pengundi tidak lupa bawa kad pengenalan dan mengikut masa ditetapkan untuk jadual pengundian. Masa tamat mengundi adalah pada jam 5 petang," katanya.

Mengulas lanjut, pengundi dinasihatkan tidak perlu risau kerana SPR juga memberikan keutamaan langkah-langkah mengurang atau mengelak risiko penularan COVID-19.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian sudah dikenal pasti untuk dilaksanakan dan jika ada yang disyaki positif akan ditahan oleh petugas Kesihatan.

"Mereka yang dibenarkan untuk memasuki saluran-saluran mengundi adalah yang sudah ditentukan sihat selepas menjalani proses pemeriksaan suhu badan dan sanitasi," katanya.

Menyentuh jangka masa pengumuman keputusan penuh dijangka dapat dijalankan, Abdul Ghani berkata kemungkinan jam 10 malam boleh diumumkan jika semua berjalan lancar.

Berhubung salah laku calon dan parti bertanding pula, beliau berkata aduan kes duit suapan kempen perlu dirujuk dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sehingga semalam, ada lima aduan diterima dan satu tangkapan yang dibuat. Jika ada aduan baharu lagi, bolehlah membuat aduan kepada RO yang bertugas," katanya.

  • oleh
  • Advertisement