Anda di sini

Ibu kandung kanak-kanak perempuan diminta tampil

Advertisement
NOVIE GABRIELLA
NOVIE GABRIELLA

TUARAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Tuaran mengesan waris atau ibu kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun untuk membantu urusan penjagaan.

Pelindung Ruhani Kiah berkata kes kanak-kanak bernama Novie Gabriella ini dirujuk kepada pihaknya oleh seorang penjaga Nuraini @ Malinah Parian di Kampung Nohirot, Kauluan Tamparuli.

Katanya, menurut Nuraini, seorang wanita bernama Ana telah datang ke rumah beliau sekitar jam 5 petang pada 17 Januari 2016 dan menyerahkan seorang bayi perempuan yang baru berumur sehari serta mengaku bayi itu adalah anak beliau.

Nuraini juga memaklumkan bahawa beliau tidak sempat mendapat maklumat berhubung ibu kandung bayi kerana ibu terbabit telah keluar dari rumah dan tidak kembali lagi menjenguk anaknya selepas itu.

Nuraini telah berusaha mencari ibu kanak-kanak itu sehinggalah beliau akhirnya datang menemui Ruhani untuk mengesan ibu kanak-kanak terbabit.

Dia juga memaklumkan Ruhani bahawa sedang menjaga kanak-kanak berkenaan.

Berikutan ibu kandung belum dapat dikesan sehingga ke hari ini, Ruhani meminta kepada waris atau ibu kandung kanak-kanak berkenaan tampil untuk membantu siasatan kes ini.

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Ruhani di talian 088-788 630 atau datang terus ke pejabatnya di bangunan Majlis Daerah Tuaran.

Advertisement