Anda di sini

Bilik perpustakaan SK Holy Cross musnah terbakar

Advertisement
 Anggota bomba memadam kebakaran itu.
MUSNAH: Anggota bomba memadam kebakaran itu.

SANDAKAN: Bilik perpustakaan Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Cross Kuala Sapi musnah terbakar tengah hari semalam.

Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beluran Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.10 tengah hari berhubung kejadian itu.

"Sepasukan anggota bomba yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Rahmat Rudat bersama lapan anggota telah bergegas ke lokasi kejadian  dengan sebuah jentera," katanya.

Beliau berkata, komender operasi melaporkan kebakaran itu melibatkan sebuah bilik perpustakaan jenis tidak kekal milik SK Holy Cross Kuala Sapi telah musnah 100 peratus.

Katanya, pihaknya membuat pemadaman dengan teknik 'Offensive Firefighting' dan berjaya mengawal api dari merebak kira-kira jam 1 petang.

Beliau berkata, operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira jam 1.05 petang.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu," katanya.

Rastam berkata, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihaknya. 

  • oleh
  • Advertisement