Anda di sini

KPLB luluskan pembinaan 100 rumah untuk mangsa kebakaran yang menetap di kontena

Advertisement
 Abdul Rahman bersama Hazulizah meninjau keadaan mangsa kebakaran yang menetap di rumah kontena.
SIMPATI: Abdul Rahman bersama Hazulizah meninjau keadaan mangsa kebakaran yang menetap di rumah kontena.

SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meluluskan pembinaan 100 buah rumah kepada mangsa kebakaran Kampung Gas, Batu Sapi  yang masih ditempatkan di rumah kontena.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata dia amat sedih melihat keadaan mangsa kebakaran ini yang hanya tinggal di dalam kontena yang sempit, berkongsi dapur dan tandas.

Beliau berkata mangsa kebakaran ini telah menetap lebih 2 tahun di rumah kontena berkenaan.

 

“Itu sebabnya saya meluluskan, kita bukan bersyarat, kita telah mempunyai peruntukkan bagi pembinaan rumah itu,” katanya selepas mengadakan lawatan ke rumah kontena mangsa kebakaran Kampung Gas, kelmarin.

Abdul Rahman berkata Kerajaan Persekutuan boleh bina pada bila-bila masa tetapi soalnya tapak tanah bagi pembinaan rumah terbabit.

“Mereka cadangkan bina semula ditapak kebakaran berkenaan, tetapi sekiranya masih parti Warisan memerintah negeri Sabah, kita masih tidak dapat melaksanakan projek pembinaan itu ekoran kuasa tanah terletak pada kerajaan negeri.

“Itu sebab kita meminta rakyat Sabah agar memikirkan masa depan bagi memilih gabungan parti Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sekaligus memberi mandat kepada calon-calon kita bagi menerajui kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata kita perlu penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri agar pembangunan dirancang dapat dilaksanakan di negeri ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman juga mahu rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong agar memilih calon Barisan Nasional (BN) , Hazulizah Md Dani yang merupakan Ketua Peteri Umno Bahagian Batu Sapi agar usaha membawah lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan.

  • oleh
  • Advertisement