Anda di sini

Tingkatkan kemahiran untuk kualiti taraf hidup: Noraini

Advertisement
 Calon Bebas N56 Tanjung Papat Noraini Sulong terus melaksanakan program.
TERUS JALAN PROGRAM: Calon Bebas N56 Tanjung Papat Noraini Sulong terus melaksanakan program.

SANDAKAN: Dalam kesibukan menjadi calon Bebas bagi N.56 Tanjong Papat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Noraini Sulong yang juga selaku Pengarah Syarikat Sierra Security Sdn Bhd masih lagi berkesempatan menganjurkan kursus asas keselamatan untuk pengawal keselamatan Malaysia yang dilaksanakan pada 21-25 September 2020 di Dewan Taman Harmoni, Sandakan.

Kursus ini dianjurkan bersama pihak HRDF melalui dana PENJANA di bawah B40 Development Initiative yang julung kali dilaksanakan di Sabah.

Untuk siri kedua akan dilaksanakan pada 28 Sept hingga 2 Oktober 2020, manakala bagi Kursus digital Marketing akan dilaksanakan pada 5 hingga 9 Oktober 2020 dan kursus beautician pula pada tarikh yang sama juga.  

Ianya memberi peluang kepada 1,400 golongan belia dan mereka yang berumur di antara 18 hingga 45 tahun.

Selaras dengan manifestonya yang mengutamakan pendidikan, kursus-kursus ini memberi peluang kepada para belia dalam bidang kemahiran dan seterusnya menggunakan kemahiran ini untuk meningkat kualiti taraf hidup yang akan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

Program ini akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa di kawasan N.56 Tanjong Papat.

  • oleh
  • Advertisement