Anda di sini

PRN bukti maruah rakyat Sabah: Shafie

Advertisement
 Shafie (kiri) berbual mesra dengan salah seorang penyokong yang memakai baju bergambar wajah Shafie.
MESRA: Shafie (kiri) berbual mesra dengan salah seorang penyokong yang memakai baju bergambar wajah Shafie.

TELUPID: Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menjadi medan yang membuktikan rakyat Sabah bermaruah dan bermartabat.

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, maruah rakyat Sabah tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Katanya, apa yang dilakukan WARISAN Plus sejak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri adalah demi mempertahankan hak rakyat dan negeri ini.

 

"Penting bagi kita untuk pastikan kemenangan calon WARISAN Plus agar hak rakyat Sabah kita terus pertahankan.

"WARISAN ditubuhkan demi memperjuangkan dan menjaga hak rakyat Sabah untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

"Nilai rakyat Sabah bukan pada RM100 atau RM200, tetapi nilai kita dengan memperjuangkan hak bumi dan rakyat Sabah," katanya pada majlis bersama rakyat di sini.

Beliau turut yakin, calon WARISAN Plus dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Felix Joseph Sitin akan menang mudah untuk kerusi Telupid.

Katanya, walaupun calon baharu dan muda, namun Felix mempunyai ciri pemimpin yang setia kepada parti, mudah didekati dan berjiwa rakyat.

  • oleh
  • Advertisement